Tentu tidak semua mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada Zaid Ibrahim...bila kita melihat memang beliau lantang bersuara tidak pernah tunjuk perasaan takut bila berhadapan dengan sesiapa dan mungkin satu sebab beliau rasa dia berada di sebelah pihak yang benar...tetapi jika ditelitikan sepanjang beliau menyertai PKR kenyataan yang dikeluarkan di media arus perdana lebih banyak dari apa yang beliau suarakan semasa mesyuarat parti.
Inilah sikap Zaid yang sebenarnya...beliau seolah-olah merasakan berkata-kata pada mesyuarat parti adalah satu yang tidak mendatangkan faedah...sebab itulah beliau hanya hadir mesyuarat tidak sampai satu jam dan terus beredar dari bilik mesyuarat...kenapa dan mengapa ini berlaku.
Banyak yang perlu kita telitikan dalam rencah kehidupan Zaid di dalam PKR, sikap yang tidak mahu terima teguran dari pemimpin parti dan seolah-olah merasakan dirinya lebih berkuasa dari orang lain. Kalau diulang Zaid pernah memberitahu bahawa menghadiri mesyuarat adalah satu tindakan buang masa...sebab apa beliau perlu hadir, jadi dimanakah tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh parti untuknya...sebelum ini kenyataan yang dikeluarkan olehnya mengatakan parti masih belum matang...tidak beliau tahu siapa sebenarnya yang belum matang parti atau dirinya sendiri.
Kematangan parti terletak pada siapa yang mengendalikannya dan kalau pemimpin yang dilantik seperti Zaid menunjukkan sikap yang tidak matang bagaimana kita ingin katakan parti itu sudah matang...Zaid hanya mempamerkan kebodohannya sendiri, parti sudah lama matang sebelum beliau menyertainya lagi. Sudah berapa lama parti bergerak tanpanya...tidak pernah apa kepincangan pun kerana setiap pemimpin di dalam PKR memainkan peranannya masing-masing dan tidak pernah timbul perasaan ingin merebut jawatan, tetapi apabila Zaid berada di dalam PKR segala-galanya telah berubah sehinggakan terpaksa mewujudkan kelompok tertentu yang bersikap mementingkan diri sendiri.
Pemilihan semakin hampir dan saya pasti anggota sedar siapa yang mereka ingin pilih...pilihan yang terbaik akan menjadikan parti ini lebih kuat serta disegani....ingat Umno tidak pernah takut dengan Zaid Ibrahim kerana mereka tahu siapa Zaid yang sebenarnya, adakah ini panglima yang kita ingin letak di barisan hadapan parti...kalau ya jawapan dari anggota parti makan pada PRU 13 nanti jangan disimpan angan-angan untuk menjejak kaki ke Putrajaya dan kemungkinan juga Selangor kita akan berputih mata.
Anggota parti perlu sedar panglima perang yang kita inginkan bukannya mementingkan diri sendiri mahupun wang ringgit...apa yang kita mahu adalah semangat perjuangan yang ada di dalam dirinya serta kesetiaan terhadap parti..kelantangan bersuara demi parti dan rakyat serta pengorbanan yang diletakkan terhadap prinsipnya...parti lebih diutamakan dari segala-galanya..........
Thursday, September 30, 2010
Wednesday, September 29, 2010
Siapa Zaid Ibrahim Yang Di Lantik PM Sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Sebelum Beliau Menyertai PKR
sumber dari http://firdauskhairi.blogspot.com
by firdaus khairi on Wednesday, March 19, 2008
by firdaus khairi on Wednesday, March 19, 2008
Saya amat terkejut dengan perlantikan dia sebagai menteri di portfolio ini. Saudara saudari pelawat blog saya boleh membuka minda dengan mengetahui sisapakah Zaid Ibrahim. Apa yang beliau pernah CAKAP tentang Islam. Apa perasaan dan kepeduliaan kita tentang Islam. Adakah masih ada rasa SENSITIF??
Oleh Pauline Puah
The Sun
Penggunaan kuasa dan paksaan tidak akan dapat menyelesaikan isu-isu agama, kata ahli Parlimen Kota Baru Datuk Zaid Ibrahim.
"Kuasa, kekerasan dan paksaan tidak selesaikan apa-apa ... Anda boleh letakkan mereka (yang murtad) dalam penjara. Tetapi perkara berkaitan kepercayaan dan akidah, bagaimana mengubahnya?" tanya Zaid dalam sebuah forum anjuran Suhakam, sempena Hari Hak Asasi Manusia Malaysia.
Zaid yang merupakan penceramah dalam forum Article 11 mengenai hak perlembagaanyang telah diganggu oleh sekumpulan 500 orang yang protes pada Mei lalu, memulakan dengan menyatakan kebimbangannya terhadap perkembangan mutakhir mengenai isu-isu agama dalam negara.
Dalam ceramahnya bertajuk "Freedom of Religion and the Federal Constitution" (Kebebasan beragama dan Perlembagaan Persekutuan), dia menempelak sesetengah pihak, termasuk beberapa peguam Muslim, yang mendakwa Islam sedang diancam.
"Islam tidak terancam. Otak anda yang mereng yang terancam," katanya disambut sorakan para hadirin.
Memberi dua contoh kes mahkamah berprofil tinggi – kes Lina Joy dan S. Shamala - Zaid, yang juga seorang peguam berkata, kes-kes tersebut patut dianggap sebagai situasi perundangan sahaja.
"Kita tidak boleh bercakap mengenainya kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)? Apa masalahnya? Dia bukan Islam lagi, jadi Tuhan akan pasti hukum dia?
"Tetapi adakah kita mahu main peranan Tuhan pula? Bagaimana anda tahu Tuhan tidak akan maafkannya? Bagaimana anda tahu?" dia bertanya kepada para hadirin yang senyap.
"Saya fikir dia hanya mahu dapatkan kad pengenalannya ditukarkan. Jadi, biarlah mahkamah yang tentukan. Tidak perlu mengatakan Islam sedang diancam," kata Zaid.
Lina Joy, seorang Muslim yang murtad kepada Kristian, telah merayu dikeluarkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya, mencetuskan perbahasan mengenai kebebasan beragama di negara ini.
Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang telah menghadiri perbicaraan bagi pihak Majlis Peguam dalam kes Lina, baru-baru ini telah menerima ugutan mati kerana menyuarakan pandangannya dari segi undang-undang mengenai isu berkaitan.
Menurut Zaid, dalam ajaran Islam, jika seseorang terpesong dari jalan yang lurus, lebih belas kasihan dan persefahaman patut diberikan kepadanya.
Zaid menasihatkan orang Islam supaya lebih yakin dengan agama mereka yang disokong penuh oleh kerajaan.
"Kita patut merasa cukup yakin. Tidak perlu bimbang. Mahkamah sivil bukan musuh kita. Sistem kehakiman kita menegakkan undang-undang negara ini."
Zaid berkata, kerajaan wajar menjelaskan isu-isu agama kepada orang awam bagi mengelakkan ketegangan yang tidak diperlukan.
Dia juga menuduh ketegangan wujud disebabkan ada ahli-ahli politik yang menggunakan agama untuk mendapat kelebihan politik.
"Tiada (ahli politik) yang mahu menerangkan isu berkaitan agama kerana terdapat risiko politik di situ ... Memang mudah untuk mendapat sokongan dan pengiktirafan apabila anda membangkitkan isu-isu agama dan kaum."
Zaid menggesa kerajaan mengekalkan kesucian dan integriti Islam dengan membenarkan perbincangan.

JADI, NILAI-NILAIKANLAH SEJAUH MANA RASIONALNYA PERDANA MENTERI MELETAKKAN BELIAU DIDALAM PORTFOLIO BERKENAAN.
(AKU BUKAN BLOGGER YANG YANG BERKATA-KATA TANPA BUKTI)
Zaid Meludah ke Langit
Baru pusingan pertama, dan Zaid Ibrahim sudah hilang pertimbangan sehingga menyerlahkan keperibadian sebenar beliau.
Duka cita kerana tidak mendapat sokongan terbuka ahli parlimen dan senator yang memilih untuk menyokong pencabarnya Azmin Ali, Zaid menyelar kumpulan wakil rakyat itu kerana kononnya mahu mematikan saingan beliau supaya “pasukan perkasa Anwar- Azmin” dapat ditegakkan.
Malah Zaid membuat tuduhan kononnya ada blogger dibayar RM20,000 untuk menabur fitnah mengenai beliau. Malah, menurut Zaid, beliau juga menerima ugutan kononnya beliau akan menerima malu seperti Allahyarham Tun Ghafar Baba ketika pemilihan Umno tahun 1993.
Baru pusingan pertama dan bekas Menteri Undang-Undang membuat tuduhan melulu tanpa bukti.
Dakwaan dan tuduhan adalah lebih berupa retorik politik untuk meraih simpati di dalam dan di luar Parti Keadilan Rakyat.
Walaupun ingin menonjol sebagai seorang liberal dan matang dalam selok belok politik, Zaid enggan menerima hakikat bahawa wakil rakyat parti itu , seperti mana ahli PKR lain berhak membuat pendirian mereka terhadap calon pilihan.
Malah mereka mempunyai hak untuk berkempen mempengaruhi ahli- ahli terhadap calon yang difikirkan paling sesuai, mengikut lunas- lunas yang ditetapkan oleh parti.
Kenapa gentar dengan pengumuman terbuka oleh wakil rakyat ini, jika Zaid yakin pada kebolehan diri dan diberi kebebasan penuh untuk mengendalikan kempennya sendiri.
Pokoknya : Bukankah beliau sendiri dan beberapa pihak yang mempunyai kekuatan wang ringgit telah mengambil langkah- langkah berikut dalam cubaan untuk menjadi timbalan presiden parti :
1. Menubuhkan dan membiayai portal berita Free Malaysia Today dengan tujuan khusus untuk membidas Anwar, Azmin dan wakil rakyat lain seperti Syed Husein Ali, Tian Chua dan Sivarasa Rasiah.
2. Menubuh dan membiayai sebuah surat khabar untuk tujuan yang sama. Suratkhabar itu diedarkan secara percuma kepada ahli PKR.
3. Membiayai agen- agen tertentu dengan di kepalai oleh seorang bernama “The Black Rajah” untuk bergerak di kawasan- kawasan tertentu bagi mendapatkan pencalonan bagi diri beliau.
4. Mengeluarkan arahan bahawa agen-agen ini beliau mahukan sekurang-kurangnya 70 pencalonan
Selama ini Zaid dijulung sebagai seorang liberal yang komited kepada perjuangan PKR dan tidak dahagakan jawatan.
Realiti adalah sebaliknya. Walaupun tidak sesuai untuk diletakkan sebagai calon untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor, Zaid telah melobi Anwar untuk bertanding. Namun beliau gagal memaparkan ciri-ciri yang diperlukan untuk menang kerusi itu.
Seorang yang jelas tidak selesa dengan lumarah hidup golongan miskin di kawasan pendalaman, beliau gagal menghadiri diri pada ceramah tertentu malah hampir lesap sama sekali pada hari mengundi.
Hulu Selangor membuktikan Zaid tidak mempunyai ketahanan fizikal atau pun kekuatan mental sebagai seorang politik untuk menghadapi tekanan-tekanan harian .
Juga jelas adalah Zaid terlalu ghairah mengejar jawatan walaupun sering mendabik dada menyatakan sebaliknya.
Seperti yang kita maklum, PKR tewas pada pilihanraya kecil itu dan kem Zaid tangkas menyalahkan pengurusan PKR dan kerajaan negeri atas kekalahan itu.
Ketika menyertai PKR dua tahun lalu, Zaid sendiri membuat pengumuman terbuka bahawa beliau tidak mengejar jawatan, beliau hanya mahu memastikan PKR dan Pakatan rakyat muncul sebagai entity yang berwibawa untuk rakyat Malaysia.
Namun segalanya berubah sekarang. Zaid mahukan jawatan kedua tertinggi dalam parti, itupun hanya kerana beliau akan kelihatan “mabuk kuasa” jika mencabar Datuk Seri Wan Azizah sendiri sebagai presiden.
Cita-cita Zaid menjadi timbalan presiden senada dengan pihak tertentu di luar parti yang sanggup menabur duit untuk memenangkan Zaid bagi tujuan politik sempit mereka pula.
Maka kerana itu Zaid mempunyai jentera media yang cukup besar dengan akaun bank yang amat selesa untuk meraih sokongan dari ahli PKR.
Namun beliau cepat melatah dan hilang pertimbangan apabila sekumpulan wakil rakyat PKR tampil menyatakan sokongan kepada Azmin, memandangkan rekod lama beliau dalam PKR dan sejak zaman reformasi lagi.
Zaid tidak menyahut saingan dari Azmin secara tenang dan bermaruah namun memilih untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Anwar, malah ahli parlimen PKR sendiri yang menyokong Azmin.
Hakikat ialah Anwar tidak terbabit dalam pertembungan atau saingan untuk jawatan pada mana-mana peringkat dalam pemilihan PKR. Begitu juga dengannya Nurul Izzah dan Wan Azizah.
Dalam keghairahan untuk mencanang dirinya sebagai seorang yang “bersih” dan tidak bermain politik, Zaid menyerang dan meremehkan semua pihak yang tidak memberi sokongan kepadanya.
Beliau seharusnya menerima kekangan pertama terhadap cubaan untuk menjadi timbalan presiden secara tenang, dan lebih penting, secara bermaruah.
Reaksi awalnya kepada pengumuman sokongan terbuka kumpulan ahli parlimen yang menyokong Azmin, tidak memaparkan keperibadian seorang pemimpin berwibawa, walau pun itulah imej yang cuba di jual oleh Zaid kepada ahli PKR dan masyrakat umumnya.
Tuesday, September 28, 2010
Tiada Siapa Nak Calon Zaid Sebagai PM
“Saya tidak pernah meletakkan cita-cita untuk menjadi perdana menteri, atau (menjawat) apa-apa (kedudukan). Kalau saya hendak main politik sepak terajang (ball politics), lebih baik saya berada dalam Umno," kenyataan Zaid di Malaysiakini.
PKR tidak pernah bercadang untuk mencalonkan Zaid sebagai Perdana Menteri pada masa yang akan datang, malah tindakan beliau untuk bertanding Timbalan Presiden juga tidak disukai ramai. Kalau untuk timbalan pun boleh merosakkan PKR apatah lagi kalau memegang kerusi No 1 negara lagi lingkup dibuatnya.
Kenyataan yang dibuat oleh Zaid itu hanyalah ingin mencari popularitinya yang tersendiri "masuk bakul angkat sendiri" beliau sebenar perlu belajar erti perjuangan di dalam PKR, dalam erti sebenar PRK jauh berbeza dengan perjuangan Umno yang lapok.
Adakah Zaid ingin membuat pusingan 'U' apabila mendapati tentang yang beliau terima di dalam PKR, Zaid tidak perlu menyalahkan sesiapa di dalam parti kerana segala yang berlaku ini adalah atas kesilapannya sendiri bukannya orang lain.
Sebelum ini kita lihat bagaimana layanan pemimpin dan anggota PKR terhadap Zaid dari awal beliau menyertai PKR, sikap kerjasama yang ditunjukkannya dalam segala urusan tetapi sekarang beliau mula menunjukkan taring seolah-olah setiap anggota yang berada di dalam semua tidak betul dan hanya beliau sahaja betul.
Sekarang jelas apa yang diinginkan oleh Zaid apabila beliau menyertai PKR...jawatan dan juga kedudukan...kenapa perkataan Perdana Menteri menjadi sebutan adakah beliau ingat dengan keadaan sekarang Ketua Umum masih lagi di bicarakan fitnah konspirasi II dan apabila dijatuhkan hukuman beliaulah yang akan memegang jawatan tersebut...silap, percaturan Zaid jauh sekali silap kerana apa..PKR sudah mula merangka yang terbaik untuk parti ini bergerak lebih jauh bukan hanya menjadi parti yang lumpuh selepas ketiadaan Ketua umum.
Secara dasar Anwar adalah yang terbaik untuk menerajui PKR bukannya Zaid yang baru menyertai PKR....kegagalan Zaid menunjukkan kerjasama baik di dalam parti akan menyebabkan politik beliau akan tamat begitu sahaja. Jalan terbaik Zaid perlu mengambil sikap terbuka dari meneruskan niatnya untuk bertanding jawatan tersebut.
Sikap angkuh Zaid yang ingin terus merebut jawatan tersebut akan menyebabkan setiap hari blogger mahupun mereka diluar membongkar apa jua kelemahan yang berada di dalam dirinya. Mungkin beliau boleh menangkis setiap tomahan kerana terdapat segelintir mereka dibayar untuk menjadi penulis kepadanya tetapi itu tidak memberi kesan kerana blogger yang ada menjalankan tanggungjawab mereka berlandaskan semangat perjuangan yang telah diberikan.
Banyak perkara yang dilakukan Zaid menyebabkan timbul ketidak senangan pemimpin parti.
1. kenyataan secara terbuka di media tanpa melalui landasan yang betul iaitu menyuarat parti.
2. Serangan peribadi kepada setiap pemimpin secara terbuka sehingga pihak musuh mengambil kesempatan untuk mereka gunakan pada PRU nanti.
3. Mempertikaikan keperibadian pemimpin di dalam PKR
4. Dan paling teruk menjadi kawan kepada musuh Pakatan Rakyat.."Utusan Malaysia" dengan mengizinkan mereka mengadakan temu ramah sertia mendapat maklumat tentang PKR.
Mulai sekarang Zaid perlu lihat kebelakang sebelum beliau mengeluarkan apa-apa kenyataan sebelum menyeng PKR jika ada pemimpin yang tidak menyukainya..
---Sedar wahai Zaid sudah banyak kesilapan yang telah kamu lakukan--

Konspirasi Media (3)
Yang menarik mengenai kumpulan yang mahu mengambil alih kuasa dalam PKR ialah mereka yang berada di luar barisan pimpinan. Ini bukan bererti mereka tidak tahu menggunakan orang dalam untuk merampas kuasa tetapi fasa itu telah dicuba tetapi gagal.
Pada awalnya kumpulan ini mengenal pasti beberapa pemimpin berpotensi untuk ditaja. Dengan sokongan kewangan pemimpin-pemimpin ini dihulurkan dengan pelbagai maklumat dan hujah supaya kelihatan cerdik dan boleh mempengaruhi bukan sahaja rakyat jelata tetapi pimpin tertinggi dalam parti.
Cara ini berhasil meletakkan beberapa muka diberi kepercayaan memegang jawatan penting dalam parti. Melalui prasarana parti sendiri, kumpulan ini menggerakkan pemimpin upahan mereka itu untuk mempengaruhi halatuju parti.
Nasib baik PKR tidak ketandusan pemimpin yang mempunyai akal budi yang luhur dan tinggi. Kemaraan idea dan ideologi soldadu upahan ini secara lumrah bersilang pandangan dengan pemimpin-pemimpin sejati parti. Sebab itu sering terjadi pertembungan idea dan perbalahan dalam parti.
Apabila pemimpin upahan ini kalah hujah atau dalang mereka dapat dilondehkan, mereka bergegas keluar parti. Ada yang terus menghilangkan diri tetapi ada yang menyalak dari luar memburuk-burukkan parti, khususnya Anwar Ibrahim.
Oleh itu, kumpulan yang menyusun konspirasi ini terpaksa bertindak sendiri. Semua sokongan moral dan juga kewangan ditarik balik dan menyusun pula mereka yang telah terpelanting dari medan kepimpinan parti untuk meneruskan serangan terhadap parti. Ingat lagi tak usaha hendak tubuhkan secretariat untuk ahli-ahli parlimen bebas? Ia masih bergerak sebab penajaan masih berjalan.
Apabila pemikiran mereka tidak mudah ditelan oleh pimpinan parti, kumpulan ini terpaksa berhadapan sendiri dengan pimpinan kanan parti. Pun mereka sering kalah hujah. Akhirnya, mereka pun menggerakkan plan B dengan menggunakan media mereka yang telah disusun rapi sebelum ini untuk menyerang kepemimpinan parti.
Hasil terbesar pelaburan mereka dalam bidang ini ialah apabila media arus perdana mula mengutip laporan portal ini yang memburukkan kepimpinan dalam isu seperti penggantungan 12 pemimpin PKR Sabah kerana berusaha tubuh parti cinta sabah kerana calon sokongan mereka tidak dipilih untuk memimpin PKR Sabah.
Kini jelas siapakah mereka di luar parti tetapi berusaha menggunakan kekuatan kewangan mereka untuk membeli hak untuk menerajui PKR. Proses pemilihan parti kali ini benar-benar melontarkan mereka di tengah gelanggang. Dan, mereka tidak dapat menyembunyikan wajah dan niat sebenar.
Monday, September 27, 2010
Konspirasi Media (2)
Konspirasi memang asam garam politik. Tetapi dalam kes politik Malaysia paling banyak konspirasi politik disasarkan kepada Anwar Ibrahim dan PKR pimpinannya. Yang menariknya bukan sahaja konspirasi ini digerakkan dari luar parti, malah ia menyelinap ke dalam parti.
Soal ada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dan PKR dari luar parti memang mudah difahami. Sebab jika Anwar atau PKR tersungkur, tidak adalah Pakatan Rakyat. Jika PR berpecah, kekallah hegemoni Umno dan Barisan Nasional. Sebab itu macam-macam fitnah dihambur terhadap Anwar, penyokongnya, partinya dan juga negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR.
Bagaimanapun konspirasi hendak jatuhkan Anwar dan PKR dari dalam kini semakin jelas. Menjelang pemilihan parti makin nyata kelihatan gerakan untuk jatuhkan Anwar dan ambil alih PKR dari dalam. Lebih menarik lagi bila gerakan ini mendapat simpati dan tajaan dari luar, khususnya Umno.
Strategi mereka mudah. Awal-awal lagi sudutkan Anwar hingga boleh lumpuhkan pengaruhnya. Caranya ialah secara terbuka hamburkan profil politik calon-calon yang mahu bertanding. Pilih yang hendak dicantas dan labelkan mereka sebagai orang Anwar. Penjenamaan ini sekaligus akan member gambaran betapa Anwar tidak berkecuali; justeru tidak demokratik; dan, menuju kea rah autokratik.
Langkah ini dipilih untuk yakinkan ahli parti bukan Melayu betapa Anwar masih menghayati budaya Umno. Kononnya Anwar mahu kroni – hampir semua Melayu – menguasai parti. Sebab itu, tempat yang paling mudah menyebar benih kebencian terhadap rasisme Anwar ialah di Sabah dan Sarawak.
Sebab itu, kumpulan ini bermati-matian mahu hidupkan isu remeh temeh politik Sabah dan Sarawak. Walaupun pemimpin-pemimpin PKR berusaha menangani sebarang isu di kedua-dua negeri ini seberapa baik dan telus mungkin, kumpulan ini berusaha menyemarakkannya sebagai isu hidup-mati PKR.
Cara sebar propaganda ini nyata. Kumpulan ini memang sudah lama menyediakan peralatan dan jentera fitnah mereka. Mereka juga mengatur wartawan di dalam beberapa portal berita masuk dalam senarai penembak curi mereka. Kemudian mereka kumpulkan beberapa wartawan lain yang mahir pelbagai bahasa dalam portal yang mendakwa bebas Free Malaysia Today.
Apa yang tidak boleh ditulis dalam portal ini akan didedahkan portal-portal berita lain seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Di samping itu mereka juga mengupah blogger tertentu untuk membuat pelbagai komentar hal ehwal parti. Jadi dengan sokongan kewangan yang cukup besar mereka mampu menguasai beberapa portal untuk secara serentak melakukan serangan dari pelbagai sisi terhadap Anwar Ibrahim dan PKR.
Apakah tema yang mereka gunakan? Siapakah yang menentukan peluru yang hendak digunakan? Siapakah mereka yang diperalatkan di dalam parti dan siapa pula yang menjadi dalang di luar parti?
Kedudukan Terkini Calon Timbalan Presiden
Azmin Ali (78)
Zaid Ibrahim (29)
Mustaffa Kamil Ayub (16)
Khalid Ibrahim (4)
Tian Chua (3)
Zaid Ibrahim (29)
Mustaffa Kamil Ayub (16)
Khalid Ibrahim (4)
Tian Chua (3)
Zaid...Utusan...Kertas Tandas....?
Harian dalam keadaan pemimpin PKR boikot akhbar arus perdana Utusan Malaysia yang jelas terlalu banyak penipuan dari yang benar masih ada pemimpin yang sanggup hambakan diri untuk ditemuramah oleh akhbar terbabit...apa sebab yang sebenarnya di sebalik tindakan tersebut.
Jelas hari ini muka hadapan akhbar tersebut...yang dulu Zaid mengganggap Utusan Malaysia unpama "kertas tandas" dan sekarang "kertas tandas" itu pula yang beliau gunakan. Kenapa Zaid sanggup berhadapan dengan "kertas tandas" tersebut, pastikah ada muslihat sebaliknya atau mencari restu untuk menjatuhkan PKR dalam secara diam.
Setiap anggota pasti ingat bagaimana Anwar memboikot Utasan Malaysia kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut yang menafikan kebenaran tetapi menyiarkan yang palsu...bagaimana akhbar terbabit menjatuhkan hukuman kepada Anwar sebelum mahkamah memutuskan. Adakah pemimpin yang mengalu-alukan Utusan Malaysia untuk kita jadikan pemimpin...sudah pasti tidak kerana kita tidak mahu "kertas tandas" itu menjadi perosak di dalam PKR...bagaimana ingin mengatasinya adalah dengan menolak pemimpin yang bermesra dengannya.
Zaid sepatutnya perlu sedar...apa tujuan sebenar PKR boikot Utusan Malaysia...tindakan yang dilakukan itu adalah umpama mencabar keputusan yang telah dibuat oleh parti. Setiap anggota pasti tahu apa keputusan yang mereka inginkan.
"Kertas Tandas" sudah menjadi kawan baik Zaid....sukar nak percaya dulu dikutuk tetapi sekarang menjadi mesra, nilai dan fikirlah sendiri..

Syed Husin nyanyuk atau Zaid yang mabuk?
Lazimnya seseorang akan menzahirkan keperibadian sebenarnya apabila beliau dalam keadaan tertekan. Itulah yang berlaku kepada Datuk Zaid Ibrahim, apabila beliau melabelkan Syed Husin Ali sebagai nyanyuk dan kemudian nyanyu.
Nyanyu mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka membawa maksud merepek. Kita sedia maklum erti nyanyuk. Apa pun kedua-dua ungkapan itu selalunya diguna untuk menggambarkan seseorang itu kurang waras atau hilang akal pemikirannya.
Dengan pemilihan Parti Keadilan Rakyat semakin rancak, dan beliau agak ketinggalan dalam jumlah pencalonan dari Cabang, Zaid melepaskan geram terhadap Syed Husin – orang yang beliau sedang cuba menggantikan sebagai Timbalan Presiden Parti.
Zaid tidak pernah mempunyai rekod yang baik apabila merasakan dirinya tertekan. Rekodnya dalam Umno dan kemudian dalam PKR menzahirkan hakikat ini.
Di dalam Umno, beliau terbabit dalam pergaduhan semasa pemilihan Umno peringkat Bahagian. Kemudian beliau bertindak untuk terus meninggalkan parti itu apabila menyedari idea-idea yang dibawanya semakin ditolak oleh Umno.
Daripada cuba membawa pembaharuan yang dicanangnya menerusi kedudukan beliau di dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi, Zaid sebaliknya merasa tertekan dan terus meninggalkan Umno untuk bertandang ke PKR.
Ditolak oleh PAS kerana cuba megheret parti itu ke mahkamah bersabit pelaksanaan undang-undang hudud ketika beliau dalam Umno, Zaid memilih untuk menyertai PKR kerana takut hilang identitinya sebagai pemimpin Melayu jika menyertai DAP.
Zaid juga arif tentang betapa tipis peluangnya untuk menjadi pemimpin kanan DAP dalam tempoh singkat, berbanding ruang yang ditawarkan oleh PKR.
Ahli Biro politik, calon PKR (tapi tewas ) dalam PRK Hulu Selangor, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan kini pesaing untuk jawatan Timbalan Presiden walaupun belum cukup dua tahun belia menyertai PKR ....Zaid tidak boleh mendakwa kepimpinan parti cuba mencantas beliau.
Jauh daripada berterima kasih kepada Syed Husin kerana memberi laluan kepada beliau dan pemimpin lain bersaing untuk mengambil alih jawatan itu, Zaid memilih untuk mengkritik keperibadian tokoh veteran itu secara terbuka.
Saya kata terbuka...kerana “secara tertutup,” di dalam perbualan dengan pelbagai pihak ketiga, Zaid dan konco-konconya, Datuk John Soh Chee Wen dan Nelson Fernandez telah menggunakan kata-kata yang jauh lebih biadap daripada nyanyuk dan nyanyu terhadap Syed Husin Ali dan kepimpinan PKR lain.
Tanya sahaja editor Free Malaysia Today K. Kabilan dan rakan-rakannya mengenai rasa marah Zaid dan kawan-kawannya terhadap Anwar , Syed Husin, Chua Jui Meng, Wan Azizah, Sivarasa dan lain-lain apabila parti membuat keputusan yang tidak disukai oleh Zaid dan konco-konconya.
Biar apa pun, keterlanjuran Zaid menggunakan FMT untuk melabelkan Syed Husin sebagai nyanyuk dan kemudiannya nyanyu atau merepek menzahirkan keperibadian sebenar Zaid.
Seperti masa beliau di dalam Umno, Zaid sekali lagi tidak dapat mengawal emosinya dalam keadaan tertekan, dan sanggup menggunakan portal berita yang dibiayai oleh Soh Chee Wen untuk melemparkan ungkapan yang cukup mengaibkan terhadap Syed Husin.
Tajuk “Syed Husin Nyanyuk dan Nyanyu” di dalam FMT kemudian dipetik oleh portal dan media massa lain dan memalukan seorang tokoh politik yang telah banyak berjasa kepada parti.
Sikap dangkal dan keceluparan Zaid yang menyifatkan dirinya sebagai anak Melayu hanya menimbulkan rasa khuatir mengenai zaman silam beliau.
Serangan peribadi terhadap Syed Husin secara terbuka membawa persoalan sama ada mungkinkah Zaid di bawah pengaruh “arak” sehingga tergamak menggunakan ayat-ayat begitu kesat terhadap Syed Husin. Adakah arak ini adalah “kuasa” yang diidamkan oleh Zaid?
Adakah keceluparan Zaid ini didorong oleh mabuk kuasa?
Tidak ada siapa akan tahu minda Zaid. Namun rumusan yang boleh dibuat ialah besar kemungkinan Zaid mamai dalam khayal arak kuasa ketika wartawan menelefonnya bertanyakan mengenai Syed Husin.
Ini kerana tidak ada ahli politik yang mencanang diri sebagai berprinsip, bermoral, tak tinggalkan sembahyang dan rendah diri akan mengaibkan seorang tokoh veteran politik yang telah keluar masuk penjara demi masa depan negara dan kini hanya mahu berundur secara “diam-diam.”.
Tidak ada ahli politik akan tergamak melakukan apa yang Zaid lakukan KECUALI mereka khayal di bawah pengaruh arak kuasa atau sesuatu yang lebih meloyakan.
Tindakan Zaid menafi bahawa beliau kononnya tidak menuduh Syed Husin sebagai nyanyuk tetapi hanya nyanyu dilihat cubaan terdesak untuk mempertahankan dirinya.
Tidak banyak beza dalam maksud nyanyuk dan nyanyu. Kedua-duanya adalah kritikan peribadi yang memualkan apabila diguna untuk menyerang insan seperti Syed Husin.
Apakah kesalahan Syed Husin, sehingga dilempar dengan ungkapan sebegitu ketika beliau diambang akhir jangka hayat politiknya selepas menghabiskan lebih lima dekad dalam dunia pembangkang yang penuh onak dan duri.
Dua belas tahun dari tempoh itu dihabiskan untuk bersama gerakan reformasi dalam membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membawa pembaharuan politik untuk Malaysia. Beliau sanggup menggabungkan Parti Rakyat Malaysia dengan gerakan reformasi untuk membuahkan PKR.
Zaid menuduh Syed Husin sebagai lupa sejarah kerana kononya memperkecilkan peranan beliau dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Sebenarnya Zaid tidak tahu langsung mengenai sejarah Syed Husin dan PKR sendiri yang penuh dengan pengorbanan.
Dalam keghairahan untuk mengejar jawatan, Zaid pantang dikritik dan sering menganggap dirinya lebih pandai dan berkebolehan daripada pemimpin lain.
Justeru, beliau tidak nampak keperluan untuk menghadiri mesyuarat biro politik atau mesyuarat-mesyuarat lain dalam parti, kononnya atas alasan beliau lebih suka berjumpa dengan akar umbi parti.
Apakah Zaid akan hadir pada mesyuarat pimpinan PKR hanya jika dilantik menjadi Timbalan Presiden? Apakah setelah dilantik menjadi Timbalan Presiden, tiba-tiba semua pemimpin lain akan menjadi “pandai” dan “layak” untuk duduk semeja dengan beliau?
Tentunya pandangan ini serong dan tidak masuk akal namun itu nampaknya pegangan Zaid.
Tanpa menamakan Zaid, itulah teguran yang dibuat oleh Syed Husin, bahawa seorang pemimpin harus hadir mesyuarat dan menjadi sebahagian daripada proses untuk menggerakkan parti ke depan.
Mesyuarat adalah forum terbaik untuk melontar dan membahaskan idea dan bukannya mengkritik parti daripada luar.
Daripada menerima teguran itu secara baik dan dengan hati terbuka, sesuai dengan ciri-ciri anak Melayu, Zaid memilih untuk menyerang Syed Husin secara kesat dan biadap, sekali gus memperlekehkan mereka yang seangkatan dengan Syed Husin dalam membangunkan PKR untuk warisan generasi akan datang.
Syabas Zaid.
Konspirasi Media (1)
Nampaknya yang melantik diri menjadi juri dalam kes 12 pemimpin PKR di Sabah dikenakan tindakan disiplin kerana cuba menubuhkan sebuah parti politik baru sebab calon mereka, Jeffrey Kitingan tidak terpilih memimpin PKR Sabah ialah portal berita Free Malaysia Today.
Dengan bertopengkan tulisan seorang blogger, Haris Ibrahim, kakitangan FMT sengaja menghebohkan hujah dangkal dan tidak beretika blogger berkenaan untuk memburukkan pimpinan PKR; khususnya Anwar Ibrahim.
Keghairahan FMT ini amat menarik perhatian. Isu itu kini menjadi tumpuan FMT. Soal ada perjanjian damai di antara 12 penyokong Jeffrey Kitingan dengan pimpinan PKR sering diungkit. Seolah-olah tiada isu lain yang lebih besar yang patut dilaporkan dalam kolum Pakatan Rakyatnya. Ini menimbulkan banyak persoalan.
Mengapa soal Umno makin galak guna isu perkauman dan agama seperti cuba adudombakan istana Selangor dengan DAP berhubung kes kesucian masjid dan surau tercemar jika dikunjungi pemimpin bukan Islam, misalnya, tidak penting bagi portal itu? Yang menjadi tumpuannya ialah tetap 12 pemimpin PKR Sabah.
Jika benar ada perjanjian damai, mana buktinya? Perjanjian di antara siapa? Bila dan apa butirnya? Sedihnya bila ternyata Haris tersilap lapor dan ada kenyataan rasmi PKR yang membetulkannya, FMT langsung tidak menunjukkan tanggungjawab moral untuk membuat ralat.
Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali berkata tidak benar hanya tiga daripada 12 digantung keahlian dan 9 lagi dibebaskan. Sebaliknya, kesemua 12 digantung keahlian sehingga siasatan selesai.
Kelihatan seolah-olah FMT sudah meniru perangai akhbar arus perdana, terutama Utusan. Cara dan gerak kerja sama – usah pedulikan fakta jika tidak menyokong hujah – dan matlamat pun sama – serang kewibawaan PKR, terutama Anwar Ibrahim.
Thursday, September 23, 2010
Kepentingan Peribadi ..Guna Media Serang Pemimpin PKR
Tatkala Parti keadilan Rakyat disanjung oleh pelbagai pihak kerana memulakan sistem “satu ahli satu undi” yang memberi setiap ahli hak untuk mengundi secara langsung, parti itu juga dibelenggui kesan sampingan daripada dasar keterbukaannya.
Sumber-sumber dalaman parti tu melahirkan kebimbangan terhadap cubaan terdesak pihak tertentu di luar parti menabur wang untuk menyokong calon tertentu bagi mengejar kedudukan lebih tinggi dalam PKR.
Cubaan ala-Umno untuk membolot jawatan dalam PKR itu berpaksi kepada penubuhan sebuah portal berita dalam empat bahasa utama dan mengupah wartawan-wartawan serta pengarang berita berpengalaman dengan gaji yang lumayan.
Portal berita itu beroperasi di sebuah bangunan mewah di kawasan dagangan elit di tengah-tengah Petaling Jaya.
Selain itu, penulis-penulis blog yang dirasakan mempunyai “saham” dalam mempengaruhi pemikiran ahli PKR dan masyarakat umum turut diberikan habuan bulanan.
Wartawan tertentu daripada portal berita saingan, turut diupah untuk menulis berita-berita yang condong kepada calon berkenaan.
Selain daripada itu, sebuah akhbar turut diterbitkan untuk memberi liputan meluas kepada calon berkenaan dan diedarkan secara percuma kepada ahli-ahli PKR sepanjang tempoh pemilihan parti.
Di Sabah dan Sarawak, dua negeri yang mempunyai jumlah perwakilan terbesar di Malaysia apabila dicantumkan, pemimpin-pemimpin Cabangnya pula cuba dipengaruhi menerusi sogokan dan upah habuan untuk memberi sokongan kepada calon tertentu.
Operasi sebegitu besar membabitkan sekurang-kurangnya RM400,000 sebulan, satu belanja yang cukup besar, yang tentunya hanya boleh dibiayai oleh calon yang kaya raya atau pun pihak yang menyokong calon berkenaan.
Sumber-sumber parti memberitahu, penggunaan taktik-taktik sebegini amat membimbangkan pucuk pimpinan parti kerana jelas media alternatif diperalatkan untuk tujuan politik individu.
“Setiap tindakan yang tidak menepati keingininan atau pendirian calon berkenaan dan pihak yang membiayainya, akan dikecam hebat menerusi portal berita ini dan juga oleh penulis-penulis blog tertentu,” kata sumber berkenaan.
Sumber itu merujuk kepada pemalsuan fakta yang membawa kepada portal berita tertentu melaporkan kononya Anwar mahu memecat 12 pemimpin PKR Sabah kerana mahu menumpaskan cabaran pihak tertentu terhadap Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden parti.
Beberapa hari selepas itu, portal sama melaporkan hanya tiga daripada pemimpin berkenaan akan digantung setahun manakala selebihnya diberi amaran kerana terbabit dalam pendaftaran sebuah parti baru iaitu Parti Cinta Sabah tahun lalu.
Kedua-dua berita jelas bercanggah dengan keadaan sebenar tetapi disiarkan dengan tujuan khusus untuk menyerang Anwar dan pucuk pimpinan PKR serta mencerminkan calon berkenaan sebagai mangsa percaturan politik.
“Tindakan pihak tertentu mendalangi dan membiayai penubuhan sebuah portal berita dengan tujuan khusus menyerang kepimpinan PKR atas apa sahaja tindakan yang tidak dipersetujui nya adalah politik mencantas ala-Umno,” kata sumber itu.
“Yang paling mendukacitakan ialah orang kita sendiri yang sanggup menjadi alat kepada golongan ini, semata-mata kerana inginkan kedudukan yang lebih tinggi dalam parti,” tambah sumber itu.
Beliau berkata penggerak kepada segala pemalsuan laporan dan penubuhan portal berita untuk mengecam PKR adalah seorang yang dikenali sebagai The Black Rajah atau pun Raja Hitam.
The Black Rajah dikatakan telah memberi tawaran lumayan kepada pengarang dan wartawan-wartawan Malaysiakini untuk menyertai portal berita itu baru-baru ini.
“Wartawan-wartawan yang diambil diberitahu bahawa mereka akan bebas melaporkan apa sahaja sebagaimana mereka melakukan di Malaysiakini. Hanya sekarang wartawan-wartawan berkenaan sedar mereka sebahagian daripada perancangan halus untuk menentukan keputusan pemilihan PKR,” tambah sumber itu.
Seorang wartawan, ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau mendapat gaji hampir dua kali ganda untuk bekerja dengan majikan barunya dan “saya juga dijanjikan kebebasan membuat laporan seperti semasa saya di Malaysiakini,” tambah beliau.
“Namun kami di sini banyak di minta member tumpuan kepada berita-berita PKR khususnya pemimpin tertentu. Saya kurang selesa dengan apa yang berlaku sekarang,” tambah beliau.
The Black Rajah juga dilaporkan sering ke Sabah dan Sarawak untuk mengatur majlis-majlis bagi mendapatkan sokongan bagi calon tertentu.
“ini semua adalah sebahagian daripada perancangan oleh Black Rajah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 70 pencalonan bagi calon tajaan “bosnya” yang mengeluarkan segala belanja,” tambah sumber berkenaan.
Persoalannya : Kenapa keperluan untuk membiayai sesuatu calon untuk mendapat jawatan tinggi dalam PKR, sebuah parti yang paling muda usianya dalam Pakatan Rakyat, dan menjadi sasaran utama dalam setiap kecaman Umno-BN.
Jawapannya terletak pada hakikat Pakatan itu sendiri amat berpotensi menerajui negara pada PRU akan datang, menerusi ketua umumnya Anwar Ibrahim .
Ini sudah cukup menjadi penggerak untuk pihak tertentu dalam PKR cuba merebut jawatan lebih tinggi dengan harapan untuk mendapat habuan jika PR memerintah.
Senario yang tidak kurang menarik ialah calon berkenaan mempersiapkan diri untuk mengambil alih tempat Anwar jika ketua pembangkang itu dihumban sekali lagi ke penjara kerana perbicaraan konspirasi fitnah kedua.
“Calon ini belum setahun jagung dalam parti tetapi beliau mempunyai sokongan The Black Rajah dan penaja yang cukup kaya. Tindakan bersepadu mereka untuk memperalatkan media alternatif dan mempengaruhi perwakilan adalah membimbangkan,” tambah sumber itu.
“Serangan-demi serangan dibuat terhadap Anwar, malah the Black Rajah cuba menabur fitnah bahawa tuduhan yang dihadapi oleh Anwar adalah benar. Semua ini dilakukan oleh anasir-ansir luar parti tetapi mereka di sokong oleh calon yang amat bercita-cita tinggi ini,” tambah sumber itu.
Sumber itu memberitahu PKR memberi ruang yang cukup luas untuk ahli menyertai proses politik parti itu yang kadang-kadang membawa kepada perbahasan dan “ pertikaian terbuka”, dalam semangat demokrasi dan ketelusan.
Meskipun mengamalkan politik keterbukaan itu, PKR tidak lali daripada cubaan pihak tertentu untuk merebut jawatan menggunakan taktik-taktik halus dan belanja besar.
Ditanya apakah pendirian Anwar, sumber itu berkata ketua pembangkang itu “bukan buta kepada apa yang sedang dibuat oleh portal berita upahan dan tindak tanduk the Black Rajah.”
“Namun Anwar percaya kepada kematangan ahli untuk menolak taktik-taktik ini. Beliau tidak sekali-kali akan membenarkan PKR dan pemimpin menjadi tali barut kepada mana-mana pihak di dalam atau dari luar Negara,” tegas sumber itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)