Zaid-Utusan : Ibarat Apabila seorang yang lazim mencemuh Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita fitnah, termasuk mengenai dirinya, berpaling tadah dan memberikan pula wawancara eksklusif kepada akhbar milik Umno itu, apakah orang itu berprinsip?
Namun inilah yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim dalam keperluan terdesak beliau untuk cuba memastikan mesejnya sampai kepada ahli Melayu PKR untuk menyokongnya.
Bagaimanakah Zaid tergamak melayan sebuah akhbar yang memang diketahui menabur fitnah terhadap PKR, PAS dan DAP bagi pihak Umno.
Apa jadi dengan teguran Zaid bahawa Utusan menyiarkan berita fitnah, berbaur perkauman dan tidak berpaksi kepada fakta sebelum ini? Apa jadi dengan laporan-laporan yang mencemuh Zaid sebagai kaki mabuk, kaki kuda semasa beliau menjadi calon PKR pada PRK Hulu Selangor April lalu?.
Apakah Zaid juga telah memaafkan Utusan atas laporan-laporan pedasnya apabila beliau meninggalkan Umno dan menyertai PKR?
Pengarang Utusan, termasuk Awang Selamat, tentunya bertepuk tangan dan berjoget apabila orang kanan PKR yang mereka pernah cemuh dan keji, kini rela memberikan mereka lebih banyak modal (fitnah) untuk membaham Anwar Ibrahim dan PKR.
Kenapa Zaid berbuat demikian? Jawapannya terletak pada hakikat bahawa kempen beliau untuk menjadi Timbalan Presiden semakin menggelongsor daripada landasan yang dibiayai oleh jutawan terkenal Soh Chee Wen dan Nelson Fernandrez serta portal berita Free Malaysia Today.
Dengan lebih tiga suku cabang selesai bermesyuarat, Zaid tidak mampu memperolehi separuh daripada pencalonan Cabang berbanding pesaing utamanya Azmin Ali.
Justeru beliau terpaksa memikirkan strategi baru untuk “sampai” kepada ahli PKR khususnya kaum Melayu yang merangkumi 70 peratus daripada keahlian parti.
Oleh itu tidak apa jika matlamat menghalalkan cara. - Zaid bersedia untuk menjadi senjata yang dicari oleh Utusan untuk membuktikan segala laporan yang disiarkan oleh akhbar itu mengenai PKR dan Anwar Ibrahim adalah betul.
Kesanggupan Zaid menjual maruah diri dan menjadi sebahagian daripada fitnah Utusan terhadap PKR memualkan.
Kerelaan Zaid mencerca Anwar dan kepimpinan PKR dengan sewenang-wenangnya dalam Mingguan Malaysia, semata-mata untuk meraih sokongan menonjolkan jenis kepimpinan yang di tawarkan oleh beliau.
Zaid menzahirkan diri sebagai seorang yang tidak akan berfikir dua kali untuk bertandang ke sebelah musuh jika musuh itu boleh membantu mencapai agenda politik yang beliau idam-idamkan.
Dengan memberi “kerjasama penuh” kepada Utusan, Zaid membelakangkan kepentingan parti, malah Pakatan Rakyat. Beliau menjaja maruah peribadinya atas keghairahan mengejar kedudukan dan kuasa dalam PKR.
Hari ini, 27 September, Zaid memberi wawancara eksklusif pula kepada Malaysiakini. Sekali lagi beliau mencanang diri sebagai seorang berprinsip dan beretika yang tidak takut menyatakan pendiriannya.
Namun Zaid berbohong besar apabila menafikan beliau tidak menerima duit daripada Soh Chee Wen atau pun jutawan itu tidak membiayai FMT dengan misi khusus untuk memastikan kejayaan Zaid.
Pembantu kanan Soh, Nelson Fernandez adalah orang yang sering membawa sampul dengan kandungan wang untuk Zaid ke rumah beliau di Tropicana.
Nelson dan Zaid telah berkali-kali ke Sabah dan Sarawak untuk mencari pencalonan di dua negeri itu dengan bantuan Jefferey Kitingan.
Segala perbelanjaan ditanggung oleh Nelson dan Soh Chee Wen. Segala imbuhan yang diberikan kepada ketua-ketua Ccabang tertentu juga di tanggung oleh dua orang ini.
Zaid juga berbohong apabila cuba memaparkan diri sebagai seorang berprinsip, kerana hakikatnya ialah, beliau dan Nelson mengeluarkan arahan cukup terperinchi untuk FMT mencemuh Anwar dan dan Azmin dalam apa cara sekali pun.
Malah Nelson ditugaskan untuk menyebarkan fitnah dan dakyah kononnya Anwar sememangnya bersalah dalam kes mahkamah yang dihadapi oleh beliau dan Azmin turut mempunyai peranan dalamnya.
Itu dalil yang disebarkan semata-mata supaya akar umbi akan mencurigai Anwar dan Azmin.
Apakah Zaid merestui tindakan liar dan biadap Nelson dan Soh Chee Wen?
Jika seorang boleh tidur bersama musuh dengan mendokong akhbar yang menabur fitnah mengenai pembangkang , bukan satu kejutan jika Zaid terbukti terbabit bersama konco-konconya dalam komplot durjana untuk mengaibkan Anwar .
Bagi Zaid, matlamat menghalalkan cara. Mungkinkah ini yang dimaksudkan Anwar sebagai “Trojan horse” dalam ulasannnya mengenai proses pemilihan parti yang sedang berlangsung sekarang?
No comments:
Post a Comment