Tentu tidak semua mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada Zaid Ibrahim...bila kita melihat memang beliau lantang bersuara tidak pernah tunjuk perasaan takut bila berhadapan dengan sesiapa dan mungkin satu sebab beliau rasa dia berada di sebelah pihak yang benar...tetapi jika ditelitikan sepanjang beliau menyertai PKR kenyataan yang dikeluarkan di media arus perdana lebih banyak dari apa yang beliau suarakan semasa mesyuarat parti.
Inilah sikap Zaid yang sebenarnya...beliau seolah-olah merasakan berkata-kata pada mesyuarat parti adalah satu yang tidak mendatangkan faedah...sebab itulah beliau hanya hadir mesyuarat tidak sampai satu jam dan terus beredar dari bilik mesyuarat...kenapa dan mengapa ini berlaku.
Banyak yang perlu kita telitikan dalam rencah kehidupan Zaid di dalam PKR, sikap yang tidak mahu terima teguran dari pemimpin parti dan seolah-olah merasakan dirinya lebih berkuasa dari orang lain. Kalau diulang Zaid pernah memberitahu bahawa menghadiri mesyuarat adalah satu tindakan buang masa...sebab apa beliau perlu hadir, jadi dimanakah tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh parti untuknya...sebelum ini kenyataan yang dikeluarkan olehnya mengatakan parti masih belum matang...tidak beliau tahu siapa sebenarnya yang belum matang parti atau dirinya sendiri.
Kematangan parti terletak pada siapa yang mengendalikannya dan kalau pemimpin yang dilantik seperti Zaid menunjukkan sikap yang tidak matang bagaimana kita ingin katakan parti itu sudah matang...Zaid hanya mempamerkan kebodohannya sendiri, parti sudah lama matang sebelum beliau menyertainya lagi. Sudah berapa lama parti bergerak tanpanya...tidak pernah apa kepincangan pun kerana setiap pemimpin di dalam PKR memainkan peranannya masing-masing dan tidak pernah timbul perasaan ingin merebut jawatan, tetapi apabila Zaid berada di dalam PKR segala-galanya telah berubah sehinggakan terpaksa mewujudkan kelompok tertentu yang bersikap mementingkan diri sendiri.
Pemilihan semakin hampir dan saya pasti anggota sedar siapa yang mereka ingin pilih...pilihan yang terbaik akan menjadikan parti ini lebih kuat serta disegani....ingat Umno tidak pernah takut dengan Zaid Ibrahim kerana mereka tahu siapa Zaid yang sebenarnya, adakah ini panglima yang kita ingin letak di barisan hadapan parti...kalau ya jawapan dari anggota parti makan pada PRU 13 nanti jangan disimpan angan-angan untuk menjejak kaki ke Putrajaya dan kemungkinan juga Selangor kita akan berputih mata.
Anggota parti perlu sedar panglima perang yang kita inginkan bukannya mementingkan diri sendiri mahupun wang ringgit...apa yang kita mahu adalah semangat perjuangan yang ada di dalam dirinya serta kesetiaan terhadap parti..kelantangan bersuara demi parti dan rakyat serta pengorbanan yang diletakkan terhadap prinsipnya...parti lebih diutamakan dari segala-galanya..........
No comments:
Post a Comment