“Saya tidak pernah meletakkan cita-cita untuk menjadi perdana menteri, atau (menjawat) apa-apa (kedudukan). Kalau saya hendak main politik sepak terajang (ball politics), lebih baik saya berada dalam Umno," kenyataan Zaid di Malaysiakini.
PKR tidak pernah bercadang untuk mencalonkan Zaid sebagai Perdana Menteri pada masa yang akan datang, malah tindakan beliau untuk bertanding Timbalan Presiden juga tidak disukai ramai. Kalau untuk timbalan pun boleh merosakkan PKR apatah lagi kalau memegang kerusi No 1 negara lagi lingkup dibuatnya.
Kenyataan yang dibuat oleh Zaid itu hanyalah ingin mencari popularitinya yang tersendiri "masuk bakul angkat sendiri" beliau sebenar perlu belajar erti perjuangan di dalam PKR, dalam erti sebenar PRK jauh berbeza dengan perjuangan Umno yang lapok.
Adakah Zaid ingin membuat pusingan 'U' apabila mendapati tentang yang beliau terima di dalam PKR, Zaid tidak perlu menyalahkan sesiapa di dalam parti kerana segala yang berlaku ini adalah atas kesilapannya sendiri bukannya orang lain.
Sebelum ini kita lihat bagaimana layanan pemimpin dan anggota PKR terhadap Zaid dari awal beliau menyertai PKR, sikap kerjasama yang ditunjukkannya dalam segala urusan tetapi sekarang beliau mula menunjukkan taring seolah-olah setiap anggota yang berada di dalam semua tidak betul dan hanya beliau sahaja betul.
Sekarang jelas apa yang diinginkan oleh Zaid apabila beliau menyertai PKR...jawatan dan juga kedudukan...kenapa perkataan Perdana Menteri menjadi sebutan adakah beliau ingat dengan keadaan sekarang Ketua Umum masih lagi di bicarakan fitnah konspirasi II dan apabila dijatuhkan hukuman beliaulah yang akan memegang jawatan tersebut...silap, percaturan Zaid jauh sekali silap kerana apa..PKR sudah mula merangka yang terbaik untuk parti ini bergerak lebih jauh bukan hanya menjadi parti yang lumpuh selepas ketiadaan Ketua umum.
Secara dasar Anwar adalah yang terbaik untuk menerajui PKR bukannya Zaid yang baru menyertai PKR....kegagalan Zaid menunjukkan kerjasama baik di dalam parti akan menyebabkan politik beliau akan tamat begitu sahaja. Jalan terbaik Zaid perlu mengambil sikap terbuka dari meneruskan niatnya untuk bertanding jawatan tersebut.
Sikap angkuh Zaid yang ingin terus merebut jawatan tersebut akan menyebabkan setiap hari blogger mahupun mereka diluar membongkar apa jua kelemahan yang berada di dalam dirinya. Mungkin beliau boleh menangkis setiap tomahan kerana terdapat segelintir mereka dibayar untuk menjadi penulis kepadanya tetapi itu tidak memberi kesan kerana blogger yang ada menjalankan tanggungjawab mereka berlandaskan semangat perjuangan yang telah diberikan.
Banyak perkara yang dilakukan Zaid menyebabkan timbul ketidak senangan pemimpin parti.
1. kenyataan secara terbuka di media tanpa melalui landasan yang betul iaitu menyuarat parti.
2. Serangan peribadi kepada setiap pemimpin secara terbuka sehingga pihak musuh mengambil kesempatan untuk mereka gunakan pada PRU nanti.
3. Mempertikaikan keperibadian pemimpin di dalam PKR
4. Dan paling teruk menjadi kawan kepada musuh Pakatan Rakyat.."Utusan Malaysia" dengan mengizinkan mereka mengadakan temu ramah sertia mendapat maklumat tentang PKR.
Mulai sekarang Zaid perlu lihat kebelakang sebelum beliau mengeluarkan apa-apa kenyataan sebelum menyeng PKR jika ada pemimpin yang tidak menyukainya..
---Sedar wahai Zaid sudah banyak kesilapan yang telah kamu lakukan--
No comments:
Post a Comment