Monday, September 27, 2010

Zaid...Utusan...Kertas Tandas....?

Harian dalam keadaan pemimpin PKR boikot akhbar arus perdana Utusan Malaysia yang jelas terlalu banyak penipuan dari yang benar masih ada pemimpin yang sanggup hambakan diri untuk ditemuramah oleh akhbar terbabit...apa sebab yang sebenarnya di sebalik tindakan tersebut.

Jelas hari ini muka hadapan akhbar tersebut...yang dulu Zaid mengganggap Utusan Malaysia unpama "kertas tandas" dan sekarang "kertas tandas" itu pula yang beliau gunakan. Kenapa Zaid sanggup berhadapan dengan "kertas tandas" tersebut, pastikah ada muslihat sebaliknya atau mencari restu untuk menjatuhkan PKR dalam secara diam.

Setiap anggota pasti ingat bagaimana Anwar memboikot Utasan Malaysia kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut yang menafikan kebenaran tetapi menyiarkan yang palsu...bagaimana akhbar terbabit menjatuhkan hukuman kepada Anwar sebelum mahkamah memutuskan. Adakah pemimpin yang mengalu-alukan Utusan Malaysia untuk kita jadikan pemimpin...sudah pasti tidak kerana kita tidak mahu "kertas tandas" itu menjadi perosak di dalam PKR...bagaimana ingin mengatasinya adalah dengan menolak pemimpin yang bermesra dengannya.

Zaid sepatutnya perlu sedar...apa tujuan sebenar PKR boikot Utusan Malaysia...tindakan yang dilakukan itu adalah umpama mencabar keputusan yang telah dibuat oleh parti. Setiap anggota pasti tahu apa keputusan yang mereka inginkan.

"Kertas Tandas" sudah menjadi kawan baik Zaid....sukar nak percaya dulu dikutuk tetapi sekarang menjadi mesra, nilai dan fikirlah sendiri..

2 comments: