Baru pusingan pertama, dan Zaid Ibrahim sudah hilang pertimbangan sehingga menyerlahkan keperibadian sebenar beliau.
Duka cita kerana tidak mendapat sokongan terbuka ahli parlimen dan senator yang memilih untuk menyokong pencabarnya Azmin Ali, Zaid menyelar kumpulan wakil rakyat itu kerana kononnya mahu mematikan saingan beliau supaya “pasukan perkasa Anwar- Azmin” dapat ditegakkan.
Malah Zaid membuat tuduhan kononnya ada blogger dibayar RM20,000 untuk menabur fitnah mengenai beliau. Malah, menurut Zaid, beliau juga menerima ugutan kononnya beliau akan menerima malu seperti Allahyarham Tun Ghafar Baba ketika pemilihan Umno tahun 1993.
Baru pusingan pertama dan bekas Menteri Undang-Undang membuat tuduhan melulu tanpa bukti.
Dakwaan dan tuduhan adalah lebih berupa retorik politik untuk meraih simpati di dalam dan di luar Parti Keadilan Rakyat.
Walaupun ingin menonjol sebagai seorang liberal dan matang dalam selok belok politik, Zaid enggan menerima hakikat bahawa wakil rakyat parti itu , seperti mana ahli PKR lain berhak membuat pendirian mereka terhadap calon pilihan.
Malah mereka mempunyai hak untuk berkempen mempengaruhi ahli- ahli terhadap calon yang difikirkan paling sesuai, mengikut lunas- lunas yang ditetapkan oleh parti.
Kenapa gentar dengan pengumuman terbuka oleh wakil rakyat ini, jika Zaid yakin pada kebolehan diri dan diberi kebebasan penuh untuk mengendalikan kempennya sendiri.
Pokoknya : Bukankah beliau sendiri dan beberapa pihak yang mempunyai kekuatan wang ringgit telah mengambil langkah- langkah berikut dalam cubaan untuk menjadi timbalan presiden parti :
1. Menubuhkan dan membiayai portal berita Free Malaysia Today dengan tujuan khusus untuk membidas Anwar, Azmin dan wakil rakyat lain seperti Syed Husein Ali, Tian Chua dan Sivarasa Rasiah.
2. Menubuh dan membiayai sebuah surat khabar untuk tujuan yang sama. Suratkhabar itu diedarkan secara percuma kepada ahli PKR.
3. Membiayai agen- agen tertentu dengan di kepalai oleh seorang bernama “The Black Rajah” untuk bergerak di kawasan- kawasan tertentu bagi mendapatkan pencalonan bagi diri beliau.
4. Mengeluarkan arahan bahawa agen-agen ini beliau mahukan sekurang-kurangnya 70 pencalonan
Selama ini Zaid dijulung sebagai seorang liberal yang komited kepada perjuangan PKR dan tidak dahagakan jawatan.
Realiti adalah sebaliknya. Walaupun tidak sesuai untuk diletakkan sebagai calon untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor, Zaid telah melobi Anwar untuk bertanding. Namun beliau gagal memaparkan ciri-ciri yang diperlukan untuk menang kerusi itu.
Seorang yang jelas tidak selesa dengan lumarah hidup golongan miskin di kawasan pendalaman, beliau gagal menghadiri diri pada ceramah tertentu malah hampir lesap sama sekali pada hari mengundi.
Hulu Selangor membuktikan Zaid tidak mempunyai ketahanan fizikal atau pun kekuatan mental sebagai seorang politik untuk menghadapi tekanan-tekanan harian .
Juga jelas adalah Zaid terlalu ghairah mengejar jawatan walaupun sering mendabik dada menyatakan sebaliknya.
Seperti yang kita maklum, PKR tewas pada pilihanraya kecil itu dan kem Zaid tangkas menyalahkan pengurusan PKR dan kerajaan negeri atas kekalahan itu.
Ketika menyertai PKR dua tahun lalu, Zaid sendiri membuat pengumuman terbuka bahawa beliau tidak mengejar jawatan, beliau hanya mahu memastikan PKR dan Pakatan rakyat muncul sebagai entity yang berwibawa untuk rakyat Malaysia.
Namun segalanya berubah sekarang. Zaid mahukan jawatan kedua tertinggi dalam parti, itupun hanya kerana beliau akan kelihatan “mabuk kuasa” jika mencabar Datuk Seri Wan Azizah sendiri sebagai presiden.
Cita-cita Zaid menjadi timbalan presiden senada dengan pihak tertentu di luar parti yang sanggup menabur duit untuk memenangkan Zaid bagi tujuan politik sempit mereka pula.
Maka kerana itu Zaid mempunyai jentera media yang cukup besar dengan akaun bank yang amat selesa untuk meraih sokongan dari ahli PKR.
Namun beliau cepat melatah dan hilang pertimbangan apabila sekumpulan wakil rakyat PKR tampil menyatakan sokongan kepada Azmin, memandangkan rekod lama beliau dalam PKR dan sejak zaman reformasi lagi.
Zaid tidak menyahut saingan dari Azmin secara tenang dan bermaruah namun memilih untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Anwar, malah ahli parlimen PKR sendiri yang menyokong Azmin.
Hakikat ialah Anwar tidak terbabit dalam pertembungan atau saingan untuk jawatan pada mana-mana peringkat dalam pemilihan PKR. Begitu juga dengannya Nurul Izzah dan Wan Azizah.
Dalam keghairahan untuk mencanang dirinya sebagai seorang yang “bersih” dan tidak bermain politik, Zaid menyerang dan meremehkan semua pihak yang tidak memberi sokongan kepadanya.
Beliau seharusnya menerima kekangan pertama terhadap cubaan untuk menjadi timbalan presiden secara tenang, dan lebih penting, secara bermaruah.
Reaksi awalnya kepada pengumuman sokongan terbuka kumpulan ahli parlimen yang menyokong Azmin, tidak memaparkan keperibadian seorang pemimpin berwibawa, walau pun itulah imej yang cuba di jual oleh Zaid kepada ahli PKR dan masyrakat umumnya.
No comments:
Post a Comment