Monday, November 8, 2010

Askar Upahan Siapa?

PETALING JAYA, 7 Nov: Sistem keselamatan dan integriti yang diperkenalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerlahkan bahawa dakwaan Haris Ibrahim adalah berniat jahat.
"Dengan ciri-ciri ini, dapat menolak dakwaan bahawa kertas-kertas undi ini digunakan semula," ujar Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Begitupun, katanya PKR tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Haris, pemilik blog The People's Parliament, http://harismibrahim.wordpress.com kerana menganggap dakwaan liar untuk membantu proses mematangkan parti.
Dakwaan itu selepas aktivis sosial Haris yang mendakwa wujudnya jual beli kertas undi kepada kem Azmin Ali sejak 29 Oktober lalu disifatkan Saifuddin mengeluarkan kenyataan liar, semalam.
*sumber harakahdaily*
Soalan yang pertama perlu ditanya adalah...ASKAR UPAHAN SIAPA?
Nampaknya ada individu yang telah diupah untuk mengeluarkan kenyataan yang menyatakan ada penyelewengan di dalam parti setelah melihat undi yang diterimanya jauh ketinggalan, jika sebelum ini semasa beliau berada di hadapan tidak pernah pula wujud kenyataan sedemikian tapi kenapa sekarang boleh timbul.
Dalam pemilihan kita kena bersikap profesional...sebab kita berada di dalam parti yang sama bukannya pemilihan antara PKR dan juga Umno, tidak perlu kita hebahkan kepada umum jika benar mengetahui ada penyelewengan yang pasti jalan terbaik adalah mengada perbincangan dengan pemimpin parti yang ditugaskan mengendali pemilihan kali ini, jika wujud penyelewengan kemukakan bukti.
Sikap membuat pendedahan secara terbuka hanyalah akan memburukkan lagi parti dimata masyarakat diluar, dalam masa PKR diterima oleh rakyat masih ada individu yang mahu melihat parti ini tumbang sebelum menghadapi PRU13 nanti.
Apa yang pasti Askar Upahan ini dibayar oleh individu yang tidak puashati dengan apa yang dialaminya setakat ini...pesanan kalau kita bersikap profesional serta meletakkan perjuangan parti lebih utama sudah tentu kita akan diterima oleh anggota...tetapi sikap yang kita ada hanyalah untuk kepentingan peribadi sahaja.

No comments:

Post a Comment