Monday, November 29, 2010

Menjunjung Reformasi Membela Rakyat

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail Presiden,
Parti Keadilan Rakyat ( KEADILAN )
Kongres Nasional Tahunan ke-7 2010
Petaling Jaya, Selangor.
Selamat datang ke Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Kali Ke Tujuh pada tahun ini. Pada Kongres ke enam yang lalu, kita bertandang di Kota Bharu. Kali ini, kitamerasa cukup bertuah kerana kita diterima pula sebagai tetamu Selangor Darul Ehsan pula.

Monday, November 22, 2010

Pemilihan PKR Diperingkat Akhir

Pemilihan PKR akan berlabuh dengan menyaksikan pemimpin baru yang akan menerajui parti untuk bergerak kehadapan dalam menghadapi PRU13 serta musuh utama parti iaitu Umno. Tapi dalam masa hari-hari terakhir pemilihan ini masih terdapat golongan dan individu yang tidak tahu meletakkan kepimpinan mereka dalam membuat serangan kepada parti, malah tindakan mereka itu hanyalah memalukan diri sendiri.

Monday, November 15, 2010

Keluar Parti Sudah Dijangka....Bukan Salah Orang Lain Tetapi Sikap Diri Sendiri


Tindakan Zaid mengumumkan untuk keluar parti sudah dijangkan dan ia bukan satu yang mengejutkan, selama ini  sudah jelas sikap yang ada dalam dirinya...iaitu bermula dari Umno mengambil sikap untuk meninggalkan parti tersebut, kebanyakkan mereka tidak mengetahui apa sebenarnya menyebabkan beliau meninggalkan Umno, ya kerana alasan yang sama iaitu tidak mendapat apa yang beliau kehendaki.

Tuesday, November 9, 2010

Selepas Tarik Diri, Zaid Mula Menyerang

Selepas 24jam Zaid mengumumkan penarikkan dari bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden parti, beliau akhirnya telah memulakan serangan pertamanya secara terang serta agenda terbarunya dalam mempertikai pemimpin di dalam PKR.

Zaid yang ditemui dalam sidang medianya pada hari ini dirumahnya telah membidas kepimpinan PKR dengan mencadangkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Azmin Ali supaya berundur, malah menyifatkan kedua-dua pemimpin adalah punca segala masalah.

Monday, November 8, 2010

Terbukti Agenda Tersembunyi Dan Tiada Prinsip Perjuangan

Hari ini Zaid mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menarik diri dari merebut jawatan Timbalan Presiden dan kejutan kedua melepaskan semua jawatan beliau di dalam parti.

Memang menarik sekali..tetapi persoalan yang timbul kenapa perlu melepaskan kesemua jawatannya di dalam parti dan apakah agenda beliau disebalik pengumuman beliau untuk bertanding dan juga menarik diri serta melepaskan jawatan.

Askar Upahan Siapa?

PETALING JAYA, 7 Nov: Sistem keselamatan dan integriti yang diperkenalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerlahkan bahawa dakwaan Haris Ibrahim adalah berniat jahat.
"Dengan ciri-ciri ini, dapat menolak dakwaan bahawa kertas-kertas undi ini digunakan semula," ujar Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Begitupun, katanya PKR tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Haris, pemilik blog The People's Parliament, http://harismibrahim.wordpress.com kerana menganggap dakwaan liar untuk membantu proses mematangkan parti.

Saturday, November 6, 2010

Guna Kekasaran Untuk Kepentingan Individu

Nampaknya semakin tenat individu yang berada di dalam parti sehinggakan sanggup mengupah orang tertentu mahupun media dalam membuat serangan kepada parti. Kenapa sudah hilangkah semangat perjuangan sebelum ini.

Jelas sekali kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Syed Husin melalui laman web sosialnya mengambarkan kejadian sebenar yang berlaku diluar, individu yang mementingkan peribadi untuk kemenangan peribadi bukannya untuk perjuangan sebenar.

Jadi kenapa ini dibiarkan dan tidakn dihindar dari awal...adakah kita takut untuk berhadapan dengan kuasanya...sebagai perjuangan sejati perkataan 'takut' tidak perlu menjadi penghalang, buangkan perasaan takut, jangan biarkan gejala seperti ini berlaku...anasir yang merosakkan parti perlu dihindarkan segera.

Anggota perlu mengambil serius dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden sekarang kerana kenyataan tersebut bukan sekadar jenaka petang tetapi realitinya sebuah cerita.

Kenapa perlu perluaskan peluang kepada individu terbabit untuk terus menjejak kaki di dalam parti serta memegang jawatan No2, kesilapan kita membuat pilihan maka parti ini akan menerima nasib seperti di PRK Batu Sapi...adakah itu yang kita mahukan?

Wednesday, November 3, 2010

Demi Kemenangan Apa Pun Sanggup Dilakukan

Duit...itulah perkataan yang paling popular bila tibanya pilihanraya samada umum mahupun kecil. Manusia yang jelas tidak dapat hidup bila terpisah dari 'duit'..kadang-kadang ia menjadi raja kepada segala-galanya sehingga boleh merubah pendirian seseorang.

Umno memang nyata akan menggunakan duit bagi mendapatkan sokongan mereka pada pilihanraya, malah pada pemilihannya juga duit menjadi senjata bagi mendapat undi untuk ke sesuatu jawatan. Tetapi apa yang dikesalkan kenapa dalam pemilihan PKR juga wujud gejala duit dalam mendapatkan undi.

Perkara ini jelas berlaku dan telah banyak aduan yang diterima mengatakan anggota dibayar agar memilih individu tertentu. Kesal kenapa perbuatan tak bermaruah ini berlaku di dalam parti masa depan.

Mungkin mereka yang menyerta PKR ini hanya mementingkan nama dan kedudukan menyebabkan isu duit serta perbuatan yang tidak bermaruah itu hanyalah perbuatan biasa serta tidak bersalah.

Yang pasti kalau dah masuk PKR buang je lah perangai Umno, masuk parti masa depan biarlah dengan diri yang bersih bukannya membawa kekotoran Umno.

Insaflah kepada individu yang menggunakan duit untuk pemilihan parti ini...kemenangan menggunakan duit tidakn akan kekal lama.