Tuesday, November 9, 2010

Selepas Tarik Diri, Zaid Mula Menyerang

Selepas 24jam Zaid mengumumkan penarikkan dari bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden parti, beliau akhirnya telah memulakan serangan pertamanya secara terang serta agenda terbarunya dalam mempertikai pemimpin di dalam PKR.

Zaid yang ditemui dalam sidang medianya pada hari ini dirumahnya telah membidas kepimpinan PKR dengan mencadangkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Azmin Ali supaya berundur, malah menyifatkan kedua-dua pemimpin adalah punca segala masalah.


Tidakkah Zaid sedar apa yang diperkatakannya itu...kalau sebelum ini perkara sedemikian telah diungkit, adakah beliau masih belum sedar siapa dirinya yang sebenarnya serta siapa Anwar dan siapa Azmin. Kalau kita hendak mengukur terlalu jauh bezanya antara kedua-dua pemimpin itu dengan Zaid, malah Zaid tidak setanding langsung dengan semangat perjuangan yang ada dalam diri Anwar dan juga Azmin.

Dalam persoalan kali ini kita bukan hendak membincangkan kredibiliti kepimpinan tetapi lebih tepat kepada kesan tempias yang ditanggung oleh parti. Sikap celupar Zaid itu secara tidak langsung telah menjadi kritikan hangat di Parlimen serta menjadi sindiran oleh Ahli Parlimen BN, dari sindiran sinis akan menjadi bahan kepada wartawan-wartawan untuk terus menghangatkan lagi perjalanan pemilihan parti.

Tentu Zaid mahupun penyokongnya tidak sedar tindakan sedemikian sedikit sebanyak telah menjatuhkan imej parti, dalam kita ingin menjadikan PKR sebuah parti yang diterima oleh segenap lapisan masyarakat tetapi Zaid antara sedar atau tidak telah menghalang kebangkitan parti.

Perkara ini jelas memberi kesan apabila kekalahan PKR dan juga PAS pada PRK yang lepas, setiap kempen yang dilakukan oleh BN mengatakan permasalahan yang wujud dalam PR...pertelingkahan dalaman antara pemimpin, isu-isu yang sedemikian inilah menyebabkan rakyat hilang keyakinan untuk memilih PR pada PRK yang lepas. Jadi siapa yang harus kita persalahkan....rakyat atau pun parti.

Kita jangan melihat perkara ini sebagai sesuatu yang remeh...umpama mengatakan perbalahan adik beradik kerana perbalahan adik beradiklah yang mengambarkan samada parti itu kukuh ataupun tidak.

Kepada Zaid..kalau betul ingin berundur biarlah berundur dengan cara yang disanjungi...bukan berundur untuk terus menyerang parti serta pemimpin. Untuk Zaid mempertikaikan Anwar dan Azmin perlu dihentikan segera kerana Zaid perlukan masa paling kurang 2 tahun baru beliau layak untuk mempertikaikan siapa Anwar dan juga Azmin.

No comments:

Post a Comment