Pemilihan PKR akan berlabuh dengan menyaksikan pemimpin baru yang akan menerajui parti untuk bergerak kehadapan dalam menghadapi PRU13 serta musuh utama parti iaitu Umno. Tapi dalam masa hari-hari terakhir pemilihan ini masih terdapat golongan dan individu yang tidak tahu meletakkan kepimpinan mereka dalam membuat serangan kepada parti, malah tindakan mereka itu hanyalah memalukan diri sendiri.
Kerusi No2 parti sudah berada pada individu yang betul-betul layak untuk memegangnya dan jelas hala tuju parti ini menepati sasaran yang dikehendaki begitu juga jawatan-jawatan yang lain, gabungan golongan muda dan berpengalaman akan menzahirkan sebuah parti yang terus diterima oleh seluruh anggota dan rakyat.
Tetapi apa yang diinginkan adalah selepas pemilihan ini setiap anggota parti perlu bersatu kembali dalam kita memperkasakan parti agar ia tidak goyah untuk kita mempertahankan kedudukan sekarang ini, kita perlu ingat jangan disebabkan oleh segelintir anggota yang hanya mementingkan diri sendiri menyebab rakan kita dalam PR akan hilang keyakinan kepada kewibawaan kita sebagai sebuah parti.
Ayuh bangkit untuk terus melaksanakan agenda parti seperti apa yang telah dipersetujui bersama, amanat Ketua Umum perlu diambil iktibar sebagai senjata untuk setiap anggota kerana ia adalah sebagai senjata untuk kita menghadapi politik masa depan.
No comments:
Post a Comment