Monday, November 29, 2010

Menjunjung Reformasi Membela Rakyat

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail Presiden,
Parti Keadilan Rakyat ( KEADILAN )
Kongres Nasional Tahunan ke-7 2010
Petaling Jaya, Selangor.
Selamat datang ke Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Kali Ke Tujuh pada tahun ini. Pada Kongres ke enam yang lalu, kita bertandang di Kota Bharu. Kali ini, kitamerasa cukup bertuah kerana kita diterima pula sebagai tetamu Selangor Darul Ehsan pula.
Perhimpunan kali ini, adalah bagaikan kembalinya semula kita ke pengkalan.Selepas melalui pelbagai pertempuran di pelbagai medan, kita berkumpul kembali di sini,memperkemas dan mempersiap diri menghadapi pertempuran baru yang akanmendatang.
Kita rakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Negeri Selangor di bawahkepimpinan YAB Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana sudi menerima kitadi sini. Alhamdulillah, beliau telah berjaya mengangkat martabat negeri, membuatpelbagai perubahan dan penambahbaikan pengurusan, memberi keselesaan kepadarakyat dan seterusnya berjaya mempertahankan Negeri ini ditangan Pakatan Rakyatsehingga ke hari ini. Paling utama, Selangor adalah kubu utama Parti Keadilan Rakyat.Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih.
MENITI KEMATANGAN PERJUANGAN2
.Usia Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) masih muda. Ia baru sahaja meraikanulangtahun ke 12 sejak ditubuhkan pada 4 April 1999. Namun, dalam usia semuda ini,kita telahpun mencapai banyak kejayaan yang diluar dari kebiasaan. 
Bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, kita telah berjaya menawan 5 buah negeri dan menafikanmajoriti 2/3 Barisan Nasional dalam PRU 12 yang lalu. Dalam usia semuda ini, kitatelah bergerak pantas mewarnai iklim politik negara secara drastik. Maka itu, usahlahkita gundah dan gulana dengan segala pancaroba. Demi perjuangan menegak keadilan,kita perlu terus melangkah dan mara. Membujur lalu melintang patah.
Perjuangan membela rakyat perlu terus membara.3.Sesungguhnya, di tahap ini, kita masih berada di peringkat awal dalam kelokpembelajaran (the learning curve), dalam perkembangan menuju kemantapan dankematangan. Apatah lagi khususnya, kita ini adalah sebuah parti politik. Fitrah setiap‘learning curve’ adalah pengalaman jatuh bangun dan naik turun. Setiap kali jatuh, kitaperlu terus bangun, menilai dan memperbaiki kelemahan. Kemudiannya, segera terusmelangkah kehadapan secara lebih berani dan berkeyakinan. 
Inilah yang dinamakan“sunnanul kaun” atau “the law of nature”. Jatuh dan silap dalam mengatur langkah tidakperlu dijadikan kesalan. Tidak perlu kita menjadi pesimis melulu hingga melupakanhakikat potensi untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.4.Sesungguhnya, perjuangan dan cita-cita kita adalah amat besar. Demi membela nasibrakyat, kita ingin membina budaya baru dalam politik negara. Justeru, reformasi danperubahan dimulakan dalam diri kita dahulu. Martabat setiap ahli diangkat tinggi.Setiap ahli diberi peluang sama rata untuk bersuara dan memberikan sumbangan. 
Makakita secara berani meluluskan dasar Satu Anggota Satu Undi dalam menentukan barisan kepimpinan. Tiada suatu parti lain di negara ini dan di Asia Tenggara yang berani melakukannya. Malah kita memulakannya di saat pihak musuh begitu fobia dengandemokrasi. Keadilan bergerak cergas menyuburkan demokrasi. Disebaliknya, UMNOdan BN tanpa segan silu berterusan merencatkan demokrasi. 
Seluruh agensi danaparatus yang boleh memperkasakan demokrasi telah dikembirikan.Pelbagai aktamenyekat kebebasan rakyat terus diwujud dan dilaksanakan. Semua ini dilakukan demi mengekalkan jaminan mereka terus berada di tampuk kekuasaan dan meneruskanpenindasan dan kezaliman kepada rakyat.5.Alhamdulillah, demi memenuhi tekad merealitikan demokrasi dalam Parti, kita barusahaja selesai mengadakan pemilihan kepimpinan Parti di peringkat Cabang dan Pusat.
Sesungguhnya, perlu kita akui bahawa umumnya pemilihan tersebut telah mencapai matlamatnya. Lebih 70,000 orang ahli parti telah melibatkan diri dan keluar mengundi.Percubaan pertama ini sudah pastilah ada kelemahannya. Terpulang kepada kita untukmenafsirkan. Adakah kelemahan itu sebagai kegagalan atau peluang. Jika kita tidak Continue reading ‘Menjunjung Reformasi Membela Rakyat’

No comments:

Post a Comment