Monday, November 8, 2010

Terbukti Agenda Tersembunyi Dan Tiada Prinsip Perjuangan

Hari ini Zaid mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menarik diri dari merebut jawatan Timbalan Presiden dan kejutan kedua melepaskan semua jawatan beliau di dalam parti.

Memang menarik sekali..tetapi persoalan yang timbul kenapa perlu melepaskan kesemua jawatannya di dalam parti dan apakah agenda beliau disebalik pengumuman beliau untuk bertanding dan juga menarik diri serta melepaskan jawatan.


Tentu sesetengah anggota belum sedar dengan apa yang berlaku dan mungkin kerana terlalu asyik dengan habuan yang diperolehi (hanya sangkaan). Perkara ini perlu diambil perhatian yang serius oleh segenap anggota parti malah mereka yang berada diperingkat atas, kita kena fikirkan apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh Zaid.

Secara jujur dalam diri Zaid tidak ada semangat perjuangan serta sealiran dengan prinsip parti, malah apa yang dilakukan selama ini hanyalah untuk kepentingan diri sendiri sahaja, kalau kita melihat seorang perjuang untuk rakyat tidak pernah kecewa dengan kekalahan dan bagi mereka kekalahan itu hanyalah ujian bagi mereka untuk terus berusaha...perjuang sejati hanya mengeluarkan peluh dan kudrat yang ada dalam mendekati rakyat mahupun anggota parti. Melainkan yang berjuang mendekati anggota dengan menggunakan duit untuk sesuatu jawatan barulah cepat kecewa apabila tewas dan pasti sebelum mengalami kerugian yang amat besar dalam pertaruhan ini maka lebih baik mengundurkan diri...untuk melihat lebih sopan maka jawatan-jawatan lain dikorbankan sekali.

Jika kita mengungkap pada PRK Hulu Selangor yang lepas dn Zaid ditabalkan sebagai pemenang dan kita kaitkan dengan apa yang berlaku sekarang.....dan tidak mustahil akan bertambah Ahli Parlimen Bebas di Parlimen, untuk mengatakan beliau kekal di dalam PKR sudah pasti tidak DAP dan PAS jauh sekali maka yang paling baik hanyalah mengumumkan keluar parti hidup sebagai calon bebas.

Dari sinilah tercemarnya imej PKR dengan isu lagi ahli parlimen lompat parti, segala yang berlaku bermula kekalahan Zaid di Hulu Selangor adalah satu isyarat yang jelas tanpa kita sedari bahawa Yang Berkuasa ingin menyelamatkan parti untuk kebajikan rakyat ini dari terus berada dalam kehidupan yang pincang hanya kerana seorang individu...setiap yang berlaku inilah kesudahakan yang perlu kita lihat seluas-luasnya....kenapa dan mengapa.

Dalam kita mengecam Zaid, ada baiknya tindakkan beliau berundur kerana masih terlalu awal untuk beliau memegang jawatan No 2 di dalam parti, terlalu banyak yang perlu beliau pelajari kerana perjuangan PKR amat berlainan dengan apa yang diamalkan di dalam Umno.

Syabas Zaid akhirnya dikau sedar bahawa parti ini memerlukan mereka yang benar-benar layak untuk memimpin parti dalam menghadapi musuh utama 'Umno'. Pesanan jangan kerana terlalu kecewa kita sanggup mengadai maruah dengan bertindak keluar dari parti.

No comments:

Post a Comment