Jelas sekali kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Syed Husin melalui laman web sosialnya mengambarkan kejadian sebenar yang berlaku diluar, individu yang mementingkan peribadi untuk kemenangan peribadi bukannya untuk perjuangan sebenar.
Jadi kenapa ini dibiarkan dan tidakn dihindar dari awal...adakah kita takut untuk berhadapan dengan kuasanya...sebagai perjuangan sejati perkataan 'takut' tidak perlu menjadi penghalang, buangkan perasaan takut, jangan biarkan gejala seperti ini berlaku...anasir yang merosakkan parti perlu dihindarkan segera.
Anggota perlu mengambil serius dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden sekarang kerana kenyataan tersebut bukan sekadar jenaka petang tetapi realitinya sebuah cerita.
Kenapa perlu perluaskan peluang kepada individu terbabit untuk terus menjejak kaki di dalam parti serta memegang jawatan No2, kesilapan kita membuat pilihan maka parti ini akan menerima nasib seperti di PRK Batu Sapi...adakah itu yang kita mahukan?
No comments:
Post a Comment