Pemilihan parti sudah berapa dalam proses kempen untuk setiap calon, pelbagai cara dan pendekatan digunakan oleh calon-calon yang bertanding dengan meletakkan sasaran malah ada juga yang memancing melalui manifesto seolah-olah manifesto untuk PRU13.
Dalam kesibukan berkempen tidakkan anggota tahu serta meneliti setiap bentuk keperibadian calon-calon yang bertanding, membuat 'homework' agar pemilihan serta kempen yang dilakukan calon itu benar-benar menepati kehendak parti.
PKR sekarang sudah bergerak jauh kehadapan bersama-sama dengan rakan-rakan di dalam PR, keseganan yang ada dalam PKR menjadikan Umno begitu gerun dan berharap PKR akan lumpuh apabila Ketua Umumnya dimasukkan kedalam penjara untuk kali yang kedua. Serang-serangan demi serangan dilakukan melalui media, undang-undang mahupun kekuasaan yang ada.
Kalau Umno melakukan serangan kepada Dato' Seri Anwar atas alasan untuk melihat PKR itu berkubur....apa pula alasan pemimpin yang mencalonkan dirinya untuk bertanding membuat kecaman yang sama terhadap ketuanya, adakah ia juga sama seperti apa yang Umno inginkan.
Umno bertepuk tangan diluar, malah sumber menyatakan mereka begitu suka apabila ada individu yang menjadi anggota PKR sanggup membuat serangan kepada ketuanya sendiri kerana ia sebagai laluan mudah ataupun sokongan kepada apa yang mereka lakukan.
Jangan terlalu taksub atau menyokong dengan setiap kenyataan...bukan semuanya yang dikeluarkan itu mempunyai kelemahan tetapi sikap yang terlalu seronok berkata-kata menyebabkan kerosakkan akan berlaku di dalam PKR.
Jadi tenung..teliti...kaji...kecuaian yang kita lakukan akan menbuat kita merana sehingga pemilihan yang akan datang..jika PRU13 berlangsung dalam tempuh tersebut maka kekuatan parti ini tidak akan sama dengan apa yang berlaku pada 2008 atas sebab-sebab yang kita sendiri sudah mengetahui.
Masa Depan PKR Di Tangan Anda Semua
No comments:
Post a Comment