'PKR tidak patut menurunkan darjat parti itu menjadi sebuah parti yang hanya memperjuangkan keadilan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia tidak adil bagi rakyat yang ingin diwakili.'
'PKR harus menguntungkan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat dan bukannya menjadi satu "hambatan",
'Kita jangan dok asyik memperjuangkan keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim,terdapat banyak ketidakadilan yang menimpa rakyat negara ini yang memerlukan perhatian kita.'
ZAID IBRAHIM (sumber FB)
Kenyataan Zaid ini seolah-olah mengambarkan perjuangan PKR selama ini hanyalah untuk kepentingan individu sahaja, kenapa perlu beliau mengeluarkan kenyataan yang boleh menjerat parti kepada pihak lain. Zaid sebenarnya tidak layak untuk memperkatakan sesuatu yang beliau tidak ketahui, kesilapan berbicara menyebabkan diri kita dibenci oleh setiap anggota.
Zaid dan Anwar adalah individu yang berbeza malah terlalu jauh kalau ingin dibandingkan...hasil gelombang reformasi yang dibawa oleh Anwar setelah pemecatannya menyebabkan lahirnya parti yang digeruni oleh semua pihak termasuk Umno yang telah lama bertapak dinegara ini.
Sebenarnya perkara yang perlu ditanya kembali olehnya adalah apakah beliau menghayati perjuangan sebenar PKR...kenapa sejak beliau menyertai PKR terlalu banyak dipertikaikan adakan beliau ini tentera kepada Umno untuk menjatuhkan PKR dari dalam.
Zaid perlu jelas perjuang parti..jelas perjuangan untuk rakyat memang menjadi keutamaan, banyak perkara telah dibawa oleh PKR dan juga PR dalam mengembalikan hak rakyat. Kenapa sepanjang Zaid berada di dalam PKR beliau tidak meletakkan hak rakyat dalam perjuangan parti.....lupa kerana beliau hanya mementingkan kepentingan peribadinya sahaja bukannya untuk rakyat.
Perjuangan Zaid hanya peribadi....perjuangan PKR untuk rakyat bukan individu tertentu
Perjuangan Zaid hanya peribadi....perjuangan PKR untuk rakyat bukan individu tertentu
No comments:
Post a Comment