Saturday, October 23, 2010

Bersama Memperkasakan Parti

Kekuatan parti sekarang berada pada satu tahap yang amat memuaskan dengan kesefahaman anggota dan juga pemimpin parti, tetapi dalam suasana aman serta ditakuti oleh pihak lawan masih ada lagi individu yang belum tahu apa itu matlamat serta perjuangan parti yang sebenar-benarnya.


Kita mahu mengorak langkah yang bijak dalam merealisasi halatuju parti dan kita tahu kesefahaman antara rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, yang mana sama-sama mahukan kemenangan serta memusnahkan BN pada PRU13 nanti, dari itu halatuju ini perlu dipegang hingga ketitisan darah yang terakhir.

Tidakkan setiap anggota sedar apa yang telah berlaku sebelum hari ini...mengapa tiba-tiba ada mereka yang berani membuat kecaman kepada pemimpin parti, ugutan untuk keluar parti dan pelbagai tomahan yang dilakukan. Kenapa ini berlaku dalam masa kita berusaha untuk terus memperkuatkan parti untuk menghadapi PRU yang semakin hampir.

Individu yang tidak mengerti perjuangan parti sebenarnya tidak layak untuk duduk semeja dengan mereka yang ada, kepincangan perjuangannya akan merosakkan parti serta meletakkan parti pada tahap yang lemah. Kita tidak mahu ini berlaku...dari itu satu team work yang kukuh dan fahamkan matlamat parti perlu diatur dari sekarang dan masa kini bukan masa untuk kita memberi sokongan kepada individu yang tidak cerdik atau ada sifat tamak dan juga kebodohan.

No comments:

Post a Comment