(Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Zaid Ibrahim menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah.
"Ia mungkin benar, mungkin tak," kata Zaid dalam sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya hari ini, ketika merujuk kepada sidang akhbar Rahimi Osman mengenainya semalam.
Tidak seperti banyak pemimpin PKR yang lain, Zaid memilih untuk tidak mempertikai dakwaan Rahimi yang dia dipaksa menandatangani akuan bersumpah yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.) sumber www.malaysiakini.com
Persoalan yang nyata kenapa Zaid perlu bersuara dikala semua pemimpin PKR yang lain mengambil sikap berdiam diri dan menyerahkan kepada Peguam yang telah dilantik bagi menguruskan kes fitnah II Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Kita lihat sejak akhir ini kebanyakkan apa yang dilakukan oleh Zaid semuanya bertentangan dengan prinsip yang telah dipersetujui di dalam parti...berdiam diri serta menyerahkan kepada mereka yang dilantik untuk membuat penjelasan tetapi Zaid kali ini mengeluarkan kenyataan seolah-olah cuba menyokong apa yang telah dilakukan oleh Rahimi itu.
Apa sebenarnya niat Zaid, adakah beliau mahu melihat Anwar dimasukkan kedalam penjara dengan begitu cepat dan mengambil kesempatan diatas peristiwa yang tidak dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia...dikata rakyat menentang kezaliman, mungkin Zaid akan hadir sebagai pembela kepada kezaliman.
Cara Zaid mengeluar kenyataan itu memperlihatkan beliau mahu Anwar dipenjara secepat mungkin...dan mungkin sebelum pemilihan parti..itu tidak mustahil, dikala Anwar dipenjara beliau akan terus bermaharajalela dengan perjuangan peribadinya.
Sepatutnya kedudukan yang terbaik beliau tidak seharusnya mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh memberi peluang kepada pihak lawan...musuh parti sentiasa menanti peluang terbabit dan bila ada individu yang memegang jawatan di dalam parti sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian sudah pasti senjata itulah yang akan digunakan oleh mereka.
Sebelum ini ditemuramah oleh Utusan dan sekarang menyokong kenyataan Rahimi...sebagai seorang peguam sepatutnya beliau tahu apa yang beliau ini lakukan apatah lagi beliau merupakan pemimpin di dalam barisan PKR.
Kalau beginilah sikap yang ditunjukkan oleh Zaid sebelum beliau memegang apa-apa jawatan penting parti...sudah pasti lumpuhlah PKR jika kuasa berada di tangannya. Kecuaian Zaid boleh mengundang seribu malapetaka kepada parti.
Cabang yang memilih beliau untuk jawatan no 1 dan 2, perlu mengkaji balik akan yang telah dilakukan dan jangan biarkan ia berterusan kerana disebabkan oleh segelintir cabanglah maka PKR akan lumpuh sebelum PRU13 nanti dan sudah pasti PKR tidak dapat menguasai apa-apa kerusi di negara ini.
Rakyat bosan dan hilang keyakinan terhadap pimpinan Zaid yang tidak tahu menghormati parti apatah lagi yang selalu berlawan arus dengan apa yang telah dipersetujui oleh kepimpinan parti. Mungkin disebabkan beliau tidak hadir setiap kali parti bermesyuarat maka beliau tidak mengetahui apa yang telah dibincangkan.
Zaid akur dan patuh lah kehendak parti..jangan sampai tindakan displin diambil kerana sikap kita yang leka itu...kita pasti sayangkan parti kerana tanpa parti maka perjuangan yang selama ini akan menjadi sia-sia sahaja.
No comments:
Post a Comment