Persoalan yang menarik perhatian setiap anggota dan juga pemimpin parti sehinggakan terdapat pemimpin terpaksa meneluarkan kenyataan dan juga persefahaman bahawa PRK mengarah semua anggota boikot Utusan Malaysia.
Tetapi dalam ramai-ramai yang menyokong tindakan tersebut masih terdapat pemimpin parti yang mempunyai pendapatnya tersendiri sehingga tidak memboikot akhbar terbabit sehinggalah beliau sanggup membiarkan dirinya di pergunakan oleh akbar terbabit..ya yang selalu mencari jalan untuk menjatuhkan parti.
Kita tahu Utusan tidak lain matlamat asalnya hanya satu bukan untuk menyampaikan informasi yang benar kepada pembaca tetapi bertujuan untuk menghancurkan politik Anwar Ibrahim dan juga mahu melihat PKR terus berkubur di negara ini.
Jika selama ini wartawan atau editor Utusan terpaksa mencari atau menyamar untuk mendapatkan maklumat dalaman parti tetapi sekarang tidak lagi kerana sudah ada individu yang sanggup menjadi hamba kepada media terbabit...apa jua kelemahan dalaman parti beliau sanggup ceritakan, tidak kira sesiapa pun walaupun presiden parti itu sendiri.
Kalau tidak beritahu pun sudah tentu semua tahu siapa individu terbabit....inilah yang dikesalkan kenapa beliau, Zaid sanggup mengambil tindakan sedemikian...menghambakan diri kepada musuh utama parti, tidakkan beliau fikir sejenak tujuan utusan di sebalik kemanisan muka-muka yang bertemu itu...sudah pasti ada sesuatu niat yang tidak baik ingin dikeluarkan nanti.
Zaid sepatutnya berfikir secara matang...ini bukanlah sikap pemimpin yang kita kehendaki...adakah kita mahu jika beliau dipilih nanti, Utusan Malaysia dengan bebasnya memasuki pejabat PKR...mendapat lampu hijau untuk temubual khas tanpa ada sebarang gangguan...sudah pasti tidak, jadi apa yang perlu dilakukan adalah kita pastikan Zaid tidak akan terpilih pada pemilihan nanti....kalau sebaliknya berlaku maka Utusan Malaysia akan menjadi media penyebar rasmi PKR dalam mengeluarkan keburukan parti...dan info diperolehi adalah dari timbalan presiden atau presiden yang dipilih iaitu Zaid Ibrahim, jadi siapa yang ingin kita salahkan.
Dari ini lihat dulu kebelakang sebelum membuat pemilihan.....renung kembali zaman reformasi siapa yang bersama-sama memperjuangkan parti sehingga sekarang...lihat seketika di mana Zaid Ibrahim ketika itu dan apa cacian yang beliau keluarkan.....kita bukan bermaksud untuk memperlekehkan mereka yang baru menyertai PKR tetapi sikap yang ditunjukkan serta semangat perjuangan yang ada dalam diri invidinu terbabit.
Kalau Zaid tidak meletakkan soal peribadi lebih penting atau tidak mengeluarkan kenyataan secara terbuka sedah tentu tidak ada yang melenting...jadi ingat pepatah "masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin".
No comments:
Post a Comment