Sunday, October 24, 2010

Kenapa Perlu Pelihara Individu Yang Pentingkan Diri Sendiri

Dalam secara tidak sedar PKR sudah mula menjadi sebuah parti yang amat ditakuti oleh pihak lawan terutamanya Umno dan kuncu-kuncunya sehinggakan mereka terpaksa menggunakan pelbagai agenda samada dari sudut media, undang-undang mahupun melalui serangan peribadi bagi menjatuhkan Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kita tidak kisah jika Umno yang mengeluarkan kenyataan untuk menjatuhkan Anwar tetapi jika perkara itu dilakukan oleh pemimpin dalaman parti sendiri ia adalah satu yang amat sukar diterima akal oleh mereka yang waras.

Berbicara lanjut mengenai siapa rasanya itu tidak berapa penting kerana masing-masing sudah mengetahui siapa dan mengapa. Apa yang hendak dikatakan adalah sebagaimana kita memperlekehkan Umno kerana tindakan mereka, begitu jugalah kecaman kita terhadap individu tersebut. Maka dalam soal ini perkara yang paling asas adalah...masih wujud atau tidak kewarasan di dalam individu terbabit.
Mungkin asasnya tepat bahawa invidu terbabit sudah hilang kewarasannya sehinggakan sanggup membuat kecaman terhadap ketuanya sendiri, tomahan tanpa asas yang kukuh seolah-oleh beliau tidak mengenali siapa Anwar yang sebenarnya di dalam PKR.
Sikap tidak hormat kepada pemimpin parti adalah satu sikap yang tidak sepatutnya ada dalam diri setiap pemimpin yang mengatakan mereka berjuang untuk rakyat. perkara ini perlu dihapuskan segera agar virus yang dibawanya tidak terus menjadi ancaman di dalam PKR.
Perkara yang terbaik adalah nafikan hak individu tersebut...setiap anggota pemilihan perlu berfikir secara waras kerana apa, hanya satu kita ingin selamatkan parti yang amat kita sayangi ini..biar parti ini terus berdiri megah di negara ini.

No comments:

Post a Comment