Wednesday, September 22, 2010

Zaid Bukannya Individu Istimewa...

Nampaknya Zaid Ibrahim semakin rancak dengan agenda tersembunyinya malah kebelakangan ini pelbagai kenyataan dikeluarkan olehnya sehinggakan beliau sanggup mempertikaikan keahlian Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam PKR. Memang pelik dan ajaib jika Zaid yang baru belajar bertatih di dalam rencah politik PKR sudah berani mempertikaikan keahlian Dato’ Seri Anwar. Di mana kedudukan Zaid untuk membuat pertikaian sedemikian.

Keahlian Anwar biasa ataupun tidak  bukan perkara yang penting tetapi yang jelas serta  yang perlu kita ketahui adalah keistimewaan seseorang itu bukannya terletak kepada keahlian tetapi kepada sifat serta sikap individu itu sendiri serta semangat perjuangan parti yang ada dalam diri.

Tindakan  Zaid meninggalkan kabinet sebelum ini bukan satu alasan yang boleh kita letakkan beliau sebagai seorang yang terlalu istimewa kerana terlalu banyak kelemahan yang ada pada dirinya dari kelebihan yang beliau miliki.

Semua akui pengorbanan beliau melepaskan jawatan tersebut tetapi ingat sebelum kita mengagungkan beliau sebagai seorang pemimpin ada beberapa perkara yang perlu kita renungi bersama, kerana banyak perkara yang perlu kita letakkan sebagai asas sebelum memilih beliau sebagai timbalan presiden.

Siapa Zaid yang sebenarnya serta apa agenda beliau ketika menyertai PKR itu persoalan yang penting, menyingkap senario politik beliau sebelum menyertai PKR dan juga selepas menyertai PKR.  

Jika merujuk ketika beliau bersama Umno, kita perlu ingat bagaimana beliau lakukan kepada rakan karib PKR dan juga DAP yang mana beliau sanggup menyaman PAS atas hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS waktu ketika dahulu. Walaupun PAS menelan perit akibat dari luka tersebut yang telah sembuh tetapi kesan parutnya tetap ada dan ia pasti tidak akan hilang begitu sahaja dan saya pasti setidak-tidaknya parut lama itu tetap ditatapi oleh rakan karib PKR dan juga DAP.

Zaid juga sentiasa mengecewakan mereka disekelilingnya, malah perkara ini terlalu jelas berlaku apabila beliau bersikap seperti seorang VVIP ketika bertanding di PRK Hulu Selangor dulu, beliau tidak pernah memperdulikan siapa yang berada disekelilingnya apa yang pasti beliau lebih selesa bekerjasama dengan kumpulan luar  yang tidak ada hubungkait dengan parti, malah sikapnya yang mementingkan golongan tersebut sehinggakan saya kecewa apabila ada pengamal media yang bertungkus lumus berkempen untuknya meluahkan kekesalan kenapa Zaid yang angkuh itu dipilih sebagai calonPRK ketika itu.

Inilah persoalan yang ingin diketengahkan…”mementingkan kelompok luar”, kalau waktu yang singkat ketika PRK Hulu Selangor ramai yang mengeluh sikap Zaid apatah lagi sepanjang Zaid menyertai PKR kerana ramai pimpinan parti mengeluh dengan sikap Zaid yang tidak meletakkan parti sebagai asas utama sehinggakan beliau sanggup menyatakan menghadiri mesyuarat parti adalah satu perkara yang buang masa serta tidak berfaedah dan ini jelas bila melihat kepada kehadirannya yang begitu megecewakan.

Adakah sikap ini yang kita perlukan di dalam parti, dan pasti satu malapetaka yang besar akan menimpa PKR jika beliau dipilih menjadi pemimpin no 2 nanti. Sikap malasnya untuk menghadiri mesyuarat dalam membincangkan arah perjuangan parti bukan menjadi satu perkara yang penting lagi malah secara jelasnya mereka-mereka yang mempunyai hubungan di luar akan terus bermaharajalela di dalam PKR tanpa dapat dibendung oleh sesiapa…kerana apa sebab beliau telah dipilih oleh seluruh anggota sebagai timbalan presiden dan beliau berhak untuk melakukan apa-apa sahaja.

Kita mahukan PKR terus gah di negara ini serta mencapai impian untuk menawan Putrajaya pada PRU13 nanti, sebagai persiapa awal untuk memperkasakan parti langkah yang perlu diambil adalah membuat pilihan yang tepat dan siapa yang benar-benar layak menjadi pemimpin no 2 di dalam PKR.

Jika PKR gagal menjadi sebuah parti yang dapat berdiri megah di Putrajaya jangan salahkan kepimpinan mahupun pengundi, kita perlu salahkan diri sendiri kerana memilih pemimpin yang jelas kita telah tahu terlalu banyak masalah serta mempunyai kepentingan peribadi untuk menjadi peneraju no 2 di dalam PKR.

           Bukan satu kesalahan untuk kita mendedahkan siapa sebenarnya mereka yang bertanding, tujuan kita hanya ingin membawa PKR kearah yang lebih selamat bukannya untuk memusnahkan PKR. Sudah pasti ramai yang menyatakan tindakan sebegini menjadi senjata utama kepada Umno untuk menyerang kita nanti tetapi apa yang perlu kita ingat adalah usaha yang pahit dan niat baik ini akan menjadi manisan yang manis untuk kita kecapi pada satu masa nanti.

No comments:

Post a Comment