Tidak kira mana-mana parti yang ada di negara ini jika tibanya musim pemilihan kepimpinan yang baru maka akan timbul watak-watak yang sebelum ini dilihat hanya berdiam diri malah yang kita tidak sangka akan bertanding mula membuat pengumuman bahawa mereka bersedia untuk bertanding serta mendakwa mempunyai sokongan padu dari akar umbi.
Dalam kontek pemilihan yang akan berlaku dalam PKR pada penghujung tahun ini, kita lihat mereka yang mempunyai hasrat untuk bertanding sudah mula membuat pelbagai kenyataan samada di dalam media mahupun di blog masing-masing.
Tetapi apakah mereka sedar samada wujud atau tidak sifat sebenar seorang pemimpin dalam diri mereka, adakan parti diutamakan terlebih dahulu atau kehendak peribadi yang diutamakan. Mungkin kita boleh ketepikan terlebih dahulu bab tersebut dan apa yang dikesalkan mereka yang ingin bertanding sebenarnya tidak menilai terlebih dahulu siapa mereka yang sebenarnya di dalam parti dan apakah sumbangan yang telah diberikan oleh mereka semenjak dilantik menjadi orang penting di dalam parti.
Apa yang berlaku mereka hanya tahu membuat kritikan kepada saingan mereka dengan pelbagai andaian malah ada yang sanggup mengupah penulis dari luar ataupun mereka sendiri menggunakan nama samaran untuk membuat serangan secara terus kepada individu tertentu.
Sebagai orang lama berkecimpung di dalam dunia politik malah menjadi pemerhati kepada setiap senario politik negara ini dan apa yang paling menarik perhatian saya ialah pemilihan yang akan berlaku di dalam PKR nanti, saya mungkin boleh menyentuh untuk semua jawatan yang dipertandingkan tetapi yang menarik perhatian adalah jawatan Timbalan Presiden yang menjadi rebutan antara individu yang telah lama berjuang serta merasa pahit manis dalam PKR dengan individu yang baru menyertai PKR tapi tidak ada sebarang sumbang dalam menaikkan imej PKR.
Sebelum berbicara jauh, saya bukannya menyokong mana-mana individu dan bukan niat untuk mengeruhkan keadaan tetapi hanya merungkai sesuatu yang kita semua perlu tahu, kita sudah pasti tahu pertembungan perebutan jawatan ini antara Azmin Ali dan juga Zaid Ibrahim, kedua-dua mempunyai pengalaman politik yang luas tetapi dari sudut yang khusus perjuangan saudara Azmin dalam PKR mengatasi segala apa yang dimiliki oleh Zaid, bagi penilaian saya Azmin lebih layak memegang jawatan tersebut dan Zaid sebagai pendatang yang baru dalam PKR perlu menarik diri serta jangan mempunyai sikap mementingkan diri sendiri.
Pandangan saya ini cukup jelas kerana mahu melihat PKR menjadi sebuah parti yang diterima oleh seluruh rakyat di negara ini, sebelum berlangsungnya pemilihan nanti setiap anggota PKR perlu mengenali siapakan Azmin dan siapakan Zaid yang sebenarnya.
Kepada mereka yang telah lama bersama-sama dengan PKR mengenali siapa Azmin yang sebenarnya, beliau telah bergerak mencari erti keadilan yang sebenarnya sejak Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kabinet dan dimasukkan kedalam penjara, bagaimana beliau membawa PKR dari awal hingga ke saat ini. Dalam sejarah yang hitam berlaku di awal penubuhan PKR suatu ketika dahulu di manakah Zaid Ibrahim yang tiba-tiba hadir menjadi hero pada masa PKR mendapat sokongan dari seluruh rakyat.
Zaid menjadi hero apabila mengambil keputusan meletak jawatan sebagai menteri semasa berada di dalam kabinet Pak Lah dan setelah itu beliau mula menyertai PKR, tetapi adakah setiap anggota bertanya disebalik alasan sebenar belian kenapa jawatan tersebut adakah terdapat alasan lain yang disembunyaikan yang kita semua tidak tahu.
Inilah persoalan yang besar, jangan kita terlalu agongkan atau memberi sokongan kepada pemimpin yang tiba-tiba hadir menyertai PKR, malah tanpa mempunyai tempoh masa yang cukup untuk digelar sebagai pemimpin PKR menawarkan diri untuk bertanding sebagai timbalan presiden, ini sesuatu yang perlu dikaji dengan halus tanpa perlu tinggalkan sebarang fakta pun.
Sebelum kita pergi lebih jauh apa yang perlu kita ketahui untuk menjadi pemimpin di dalam parti masa depan adalah meletakkan parti lebih utama dari kepentingan peribadi, kesetiaan dalam setiap urusan parti, konsisten dalam setiap tanggungjawab parti serta perlu mengetahui budaya yang ada di dalam parti berbilang kaum ini.
Tetapi saya berani katakan sifat sedemikain tidak pernah ada di dalam diri Zaid Ibrahim dan beliau memang telah dikenali sejak beliau berada di dalam Umno yang mana beliau hanya mencari populariti untuk diri sendiri sahaja bukanya untuk membawa parti agar lebih maju.
Zaid menyertai Umno pada awal tahu 2003 kemudian dalam masa yang singkat beliau mengambil tindakan untuk merebut jawatan ketua bahagian di Kota Bharu sehinggalah beliau kalah dalam pertandingan seterusnya tetapi dilantik sebagai menteri atas kelayakan yang kita tidak ketahui.
Perjalanan rancangan Zaid sudah mula dapat dilihat apabila beliau yang baru sahaja menyertai PKR tetapi bertindak untuk merebut jawatan timbalan presiden, pada dasar yang jelas beliau sebenar tidak layak untuk berada pada jawatan itu kerana masih ramai yang telah berjuang begitu lama jika dibandingkan dengannya, tetapi sikap serta didikan yang ada di dalam PKR menyebabkan mereka yang lain memberi laluan kepada individu yang betul-betul layak untuk memegang jawatan tersebut.
Bagi saya sebagai seorang pemimpin yang betul-betul memperjuangkan PKR, adakah perlu kita mengeluarkan kenyataan yang boleh menyerang sikap kawan kita di dalam parti, apa yang jelas sikap Zaid yang selalu mengeluarkan kenyataan di media adalah satu sikap yang mempunyai kepentingan peribadi bukannya atas dasar perjuangan parti dan Zaid tidak layak untuk membuat sebarang kenyataan berhubung dengan pemimpin di dalam PKR. Dia perlu cermin diri dan lihat siapa dirinya yang sebenarnya……
(menyusul untuk maklumat seterusnya…siapa zaid Ibrahim)
No comments:
Post a Comment