Sikap terlampau yang ditonjolkan oleh Zaid sudah semakin terserlah, kalau sebelum ini beliau mempertikaikan keahlian Ketua Umum PKR dan sekali lagi beliau menunjukkan sikap ‘bodoh’nya dengan menyifatkan seorang pemimpin yang disanjungi ramai Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali sebagai seorang yang sudah “nyanyuk”.
Kenapa sikap itu ada pada diri seorang yang di terima masuk ke dalam PKR tanpa ada sebarang persoalan malah diberi kepercayaan untuk menjadi calon pada PRK Hulu Selangor tetapi sanggup menghina seorang pemimpin yang masih lagi memegang jawatan no 2 di dalam PKR. Atas dasar apakah Zaid sanggup menghina Syed Husin sedemikian sehinggakan media alternatif yang dikatakan miliknya itu sanggup menyiarkan kenyataan yang tidak mempunyai asas langsung serta menjatuhkan imej seorang pemimpin yang dihormati.
Melihat kepada teguran yang dilakukan oleh syed Husin ia bukanlah menjadi satu kesalahan dan beliau berhak untuk membuat teguran atas dasar kedudukannya di dalam parti,memang Zaid menyifatkan menghadirikan diri untuk mesyuarat adalah perkara yang membuang masa, apa yang hendak dipertikaikan oleh Zaid kerana perkara itu jelas berlaku, tetapi Zaid yang masih berumur setahun jagung tanpa ada sifat perikemanusiaan dan sedar kita adalah orang baru dalam PKR sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Memang dasar sikap Umno masih ada dalam jiwa Zaid…terlalu sukar dan mungkin tidak dapat dipisahkan lagi, sifat mencaci pemimpin sendiri mahupun mempertikaikan kewibawaan seseorang adalah rencah politik Umno. Sedih meneliti apa yang telah dikeluarkan oleh Zaid, secara jelas saya nyatakan Zaid bukan sahaja beliau tidak layak dipilih sebagai Timbalan Presiden malah kedudukannya sebagai ahli parti juga perlu dipertimbangkan kembali.
Inikah yang kita mahu ataupun yang kita banggakan, pemimpin yang boleh menghina sesama mereka di dalam barisan kepimpinan parti tetapi tidak ada sedikit pun sikap hormatnya kepada siapa yang bergelar ketua mahupun mereka yang lebih tua. Zaid angkuh sombong dan ego kerana sifatnya yang terlalu mementingkan diri sendiri dan yang menyebabkan beliau menjadi sedemikian adalah kerana masih ada segelintir anggota parti yang masih tidak sedar menyokongnya agar merebut jawatan tersebut. Apa yang diharapkan mereka yang berada diluar terlibat secara langsung dengan pemilihan berfikir sejenak apa yang telah dilakukan oleh Zaid…jangan kita biarkan anasir yang boleh merosakkan parti terus berada pada kedudukan yang paling tinggi dalam barisan kepimpinan parti.
Persoalan siapa sebenarnya ‘nyanyuk’ dan ‘tidak sedar diri’ ….jawapan kepada soalan tersebut hanya mereka yang mempunyai kelayakkan untuk membuat pemilihan mengetahuinya, dan bagi saya setiap tuduhan itu semuanya berada pada diri Zaid bukannya pada Syed Husin. Zaid tidak mengetahui siapa beliau yang sebenarnya, apakah sumbangnya kepada parti…inilah sifat ;nyanyuk’ yang sebenar, bila kita tidak mengetahui usul asal kita maka akan timbul pula sikap ‘tidak sedar diri’, dengan lengkapnya sikap tersebut maka beliau dengan sendirinya merasakan apa yang dilakukan itu semuanya betul sehinggakan setiap pertuturan dikeluarkan beliau tidak tahu samada benar atau tidak malah boleh berasa megah bila dapat memperlekeh setiap pemimpin di dalam parti.
Setiap anggota berhak untuk menghukum Zaid atas keceluparan mulutnya…pentas yang paling tepat adalah sewaktu pemilihan PRK yang akan datang, dari situlah Zaid akan mengetahui siapa sebenarnya beliau. Jangan kita terlalu leka dengan apa yang diperkatakan olehnya….kita kena melihat apa yang telah beliau lakukan terhadap pemimpin parti. Jika belum memegang apa-apa jawatan beliau sanggup menghina pemimpin atasan apatah lagi setelah memegang jawatan sudah pasti semua yang berada dalam barisan kepimpinan akan terus dihina mahupun diherdik.
Zaid dengan Azmin sudah tidak layak untuk dijadikan perbandingan apatah lagi beliau dengan syed Husin, yang telah lama merasa asam garam perjuang mencari keadilan. Tidak perlu mengulas lanjut apa yang pasti keceluparan Zaid itu sebenarnya menunjukkan kebodohannya. Kepentingan peribadi..meletakkan parti di belakang adalah perjuangan Zaid selama ini.
Adakah kedudukan Zaid di dalam PKR sudah nampak penghujungnya…jika Zaid sedar mungkin dapat dipulihkan tetapi jika beliau masih lagi dengan agendanya yang tersendiri maka talian hayat untuk beliau berada pada kedudukan selesa di dalam parti akan berakhir.
Mengembalikan kepada suasana yang aman..jalan terbaik Zaid perlu memohon maaf secara terbuka serta menarik diri dari merebut jawatan tersebut…inilah cara terhormat untuk beliau menjaga imejnya dan jangan sampai beliau dimalukan pada kekalahan pemilihan nanti.
No comments:
Post a Comment