Friday, October 29, 2010

Kenapa Tak Puas Hati

"Menurut agen pemilihan Zaid - Rashid Azad Khan dan pembantunya Muhammad Firdaus Christopher - penyelewengan itu berlaku di empat cabang yang tiga daripadanya mencalonkan Zaid untuk jawatan nombor dua itu.", sumber Malaysiakini.


Nampaknya kerana risaukan pemilihan tidak berpihak kepada pemimpin tertentu maka menuduh berlakunya penyelewengan, adakah betul ada penyelewengan atau sekadar untuk menafikan pilihan yang telah dilakukan.



Sebelum ini reda sekejap tomahan-tomahan yang tidak sihat tetapi sekarang timbul kembali kerana apa.....kerana pemilihan peringkat tertinggi sudah bermula.


Pasti setiap anggota bijak dalam membuat pemilihan, kita mahukan parti ini terus berada dalam landasan yang betul dan bergerak sehaluan bukannya bergerak sehaluan tetapi tidak pernah bertemu pada penghujung.


PKR perlu pemimpin yang betul-betul mendalami sifat perjuangan....bukan pemimpin yang meletak agenda parti dibelakang...tetapi meletakkan kepentingan peribadi dihadapan.

No comments:

Post a Comment