Thursday, October 28, 2010

Biar Umno Berperangai Teruk..Jangan Kita Berperangai Teruk

Semalam sepi tanpa apa perkara terbaru yang dapat diketengahkan, hanya melihat FB serta mengikuti gambar-gambar sepanjang penamaan calon di Galas dan juga di Batu Sapi. Dalam banyak-banyak gambar yang dilihat ada sesuatu yang menarik..kadang-kadang timbul rasa geli hati serta menyampah.


Melihat gelagat samada puteri atau wanita Umno yang sedang berjoget semasa penamaan calon di Galas, secara tidak langsung terlintas di hati betapa teruknya perangai puak-puak Umno ni. Kalau beginilah sikap yang ditunjukkan oleh anggota parti ataupun individu yang memperjuangkan adakah ia yang akan kita pilih untuk memimpin rakyat yang sentiasa berada dalam rahmat Allh.

Tentu sekali TIDAK kerana apa...kelakuannya telah mengambarkan sikap individu seseorang, maka kita perlu tolak sejauh-jauhnya individu sedemikian.Tetapi disebabkan individu terbabit adalah dari Umno maka sudah tentu kita menolak seratus peratus, apa yang akan kita lakukan jika ada individu di dalam parti kesayangan kita juga mempunyai sikap sedemikian..menari mengikut rentak sendiri, aluanan muzik dengan rentak yang sedap di dengar oleh telinganya serta pihak lawan tetapi tidak sedap diterima oleh anggota serta pemimpin yang berjuang untuk parti.

Yang jelas..biarlah "Puteri Umno Berperangai Teruk..Jangan Kita Berperangai Teruk", menari mengikut rentak sedap telinga mendengan tetapi timbul ketidak senangan kepada individu yang lain.

No comments:

Post a Comment