Mari kita lihat dan kaji satu persatu...
Adakah kes DSAI adalah satu isu lama dan akan dikuburkan jika beliau berjaya menjawat jawatan tersebut.
Keadilan memerlukan lebih banyak keahlian dari yang ada sekarang dan aktiviti kemasukkan ahli-ahli baru mesti digiatkan.
“Kita perlu mempelawa sesiapa saja yang berkebolehan dan ingin memberi sumbangan, tanpa mengira baru atau lama, atau yang sudah ‘ditarbiah’ atau pun belum.”
Adakah ini bermakna semua itu tidak dan belum dibuat oleh PKR sedia ada.
“Parti ini perlu lebih inklusif dari apa yang ada sekarang.”
Adakah ini bermakna apa yang ada sekarang tidak inklusif.
Jelas Zaid ingin mengubah segala-galanya yang telah dipersetujui oleh peminpin PKR sebelum, kenapa perlu ada manifesto baru...untuk apa, adakah hanya untuk kepentingan diri sendiri atau untuk menunjukkan diri kita ini lebih penting dari orang lain.
Kepetahan Zaid mengutarakan segala-galanya bakal memguris pemimpian yang sedia ada..tidak layak beliau mencadangkan sesuatu tanpa membuat penilaian terlebih dahulu.
Mungkin Zaid belum lagi mengenali apa itu PKR sehinggakan beliau ingin membuat perubahan di dalam PKR dengan manifestonya sendiri...jelas Zaid tidak yakin dengan apa yang telah dilakukan di dalam PKR sehingga beliau mengambil tindakan sedemikain.
Belum lagi memegang apa-apa jawatan penting sudah berani mencadangkan pelbagai perubahan...apa akan terjadi jika beliau memegang jawatan..adakah PKR akan terkubur atau rakan perjuangan PKR di dalam Pakatan Rakyat akan menyepikan diri, maka di situ tinggal PKR seorang diri dengan panglima yang tidak mementingkan anggotanya yang lain.
No comments:
Post a Comment