Setelah ditelitikan sepanjanag pemilihan PKR ini ternyata fokus Zaid hanya satu iaitu kerusi Perdana Menteri apabila kemenangan PR pada PRU13 nanti.
Segalanya terbukti jelas dan sahih "sudah terang lagi bersuluh", melihat kepada segala perbuatan yang dilakukannya...membuat kecaman kepada parti malah kepada Ketua Umum itu sendiri, Zaid ingin melakukan segala-galanya demi hasrat untuk menjadi Perdana Menteri.
Lakonan yang dilakukan Zaid memang cukup terperinci dan teratur, bagaimana beliau memasang segala urat sarafnya disetiap genap sudut, perjumpaannya dengan cabang serta askar-askar upahannya yang ditugaskan membuat serangan kepada individu pimpinan parti.
Susunan yang dilakukan dengan konsep tarik tali..bertanding Timbalan tetapi mengeluarkan kenyataan untuk menarik diri bagi memberi laluan kepada individu tertentu tetapi menyatakan bukan bermaksud tidak bertanding...kerana baginya beliau melihat kedudukannya dikerusi presiden parti.
Kalau pada kedudukan timbalan tentu sukar untuk beliau memegang pemerintahan negara nanti...maka cara yang terbaik adalah bertanding diperingkat presiden maka sudah jelas kerusi Perdana Menteri akan menjadi miliknya selepas kemenangan PRU13 nanti.
Berfikir sejenak kalau Zaid memegang jawatan presiden dan juga kerusi Perdana Menteri...apa akan jadi?.
Cukup kita merungkai persoalan tersebut kerana segala-galanya sudah terjawab sebelum ini. Sewaktu percutian selamatkan keadilan ke Kelantan baru-baru ini banyak info yang diperolehi yang mana Zaid telah melantik beberapa anggota yang akan menjadi orang kepercayaannya di Kelantan...dari peringkat serikandi, wanita mahupun AMK.
Kenapa ini dilakukan..jawapan asas sudah ada dan tidak perlu dipersoalkan lagi, yang pasti niat Zaid hanya satu...bila sudah berkuasa maka segala-galanya akan diubah termasuk perlembagaan parti, budaya Umno akan dibawa masuk dengan kenyataan kerusi presiden tidak boleh dipertandingkan, maka Zaid akan berkuasa untuk selama-lamanya seperti yang dilakukan oleh Dr.M
No comments:
Post a Comment